Showing posts with label Aktiviti. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti. Show all posts

Saturday, July 02, 2011

Benchmarking visit

Kami berpeluang pergi benchmarking visit ke Sarawak, anjuran Persatuan Pustakawan kumpulan Timur (PPMT). Seronok viisit ni sebab:-

a. Guna duit sendiri - so takde orang boleh dengki hihihi
b. Tak yah buat report segala - sebab x guna duit opis
c. Jumpa kawan yang dah berkurun tak jumpa... yang dulu kecik kini dah besar
d. Dapat pengalaman tgk leberi orang..lagipun dah pindah leberi baru ni kena la tgk apa pembaharuan yg ada kat tmpt orang, boleh apply kat tmpt sendiri

Laporan bergambar niza dah upload kat fb dia..so kalau nak tgk gambor pi je fb dia.. macam2 karakter kami jumpa...
Paling tertawan dgn hospitality orang sana...ole-ole yg dapat tu boleh dikatakan mewah la...aku pikir leberi ni pun kena tukar la..asyik2 beri pen dgn notepad je...kena la tukar sikit..kan image tu..ngeh3.

Dalam pd seronok dok rasa dan beli kek lapis, la mee kolok la..tak terpikir pun aku pasal buaya kat Sg Sarawak tu...aku cuma risau kalau bot tu terbalik je...tgk takde pun life jacket..tetiba pulak niza sebut..ada buaya dok sungai ni...hari terakhir baru la salah sorang librarian tu sebut ada org amik gambar buaya dari dalam bot...huhuhuhu...Alhamdulillah... selamat kami, kalau tak, tak merasa la kek lapis kat opis ni hihihhi..

So aku dok terpikir...ngapa la orang tulis lirik lagu sayang sarawak sungainya sempit.....aparaa...mesti tak ukur sungai ni .... sesedap rasa je

Benchmarking visit

Kami berpeluang pergi benchmarking visit ke Sarawak, anjuran Persatuan Pustakawan kumpulan Timur (PPMT). Seronok viisit ni sebab:-

a. Guna duit sendiri - so takde orang boleh dengki hihihi
b. Tak yah buat report segala - sebab x guna duit opis
c. Jumpa kawan yang dah berkurun tak jumpa... yang dulu kecik kini dah besar
d. Dapat pengalaman tgk leberi orang..lagipun dah pindah leberi baru ni kena la tgk apa pembaharuan yg ada kat tmpt orang, boleh apply kat tmpt sendiri

Laporan bergambar niza dah upload kat fb dia..so kalau nak tgk gambor pi je fb dia.. macam2 karakter kami jumpa...
Paling tertawan dgn hospitality orang sana...ole-ole yg dapat tu boleh dikatakan mewah la...aku pikir leberi ni pun kena tukar la..asyik2 beri pen dgn notepad je...kena la tukar sikit..kan image tu..ngeh3.

Dalam pd seronok dok rasa dan beli kek lapis, la mee kolok la..tak terpikir pun aku pasal buaya kat Sg Sarawak tu...aku cuma risau kalau bot tu terbalik je...tgk takde pun life jacket..tetiba pulak niza sebut..ada buaya dok sungai ni...hari terakhir baru la salah sorang librarian tu sebut ada org amik gambar buaya dari dalam bot...huhuhuhu...Alhamdulillah... selamat kami, kalau tak, tak merasa la kek lapis kat opis ni hihihhi..

So aku dok terpikir...ngapa la orang tulis lirik lagu sayang sarawak sungainya sempit.....aparaa...mesti tak ukur sungai ni .... sesedap rasa je

Tuesday, June 21, 2011

HIJRAH

Dalam minggu ni suka tak suka kena berhijrah..kepala kantor sudah bising...aku pun tak sedap hati jugak..risau pun ada jugak..rumah baru dah dapat kunci, tapi masih lagi orang boleh masuk sesuka hati...soalan tiap2 pagi sekarang ni..siapa bukak kunci rumah baru..???

Alhamdulillah mangga dah dibeli, moga lepas ni akses cuma satu point sahaja..pening gak tetiba ramai dalam rumah baru, masuk ntah dari mana2...

Moga Allah mudahkan urusan kami kali ni..Kepala kantor nampak sangat excited...ye la..terngiang2 lagi kata2nya..kot2 saya kemas barang2 bawak balik rumah..huhuhuh..sayu la pulak..takpe..kita mesti pindah...

Petang ni nak angkut komputer, ada kata tolak dgn troli, ada kata bawak sendiri dgn kete..aku..tak tau nak angkut dgn apa...

Banyak memori di rumah yang sedia ada...tapi moga memori yang akan datang di rumah baru lebih mematangkan kita semua...Amin..

Wednesday, June 08, 2011

Kepulangan yang menginsafkan

Serba salah dibuatnya, aku tak tau perlu hadir untuk majlis dinner dan sukan keluarga aku atau balik kampung. Kedua-duanya peluang utk bertemu sanak saudara yang dah lama tak jumpa...gelisah, fikir, fikir lagi, akhirnya aku buat keputusan setelah berbincang dgn Mr Bos...kita utamakan ibubapa ...lagipun hukumnya sama seperti ibu bapa kandung..

Alhamdulillah, keputusan dibuat tepat...Majlis yang di Ktn memang seronok, tapi kali ini trip balik kampung sangat2 menginsafkan. Berpeluang menziarah mereka yang sudah tidak secergas dahulu...aku cuma mampu menahan sebak...ada saudara mara Mr Bos yang tak berbahasa Melayu, namun ghairah bercerita ttg kesihatan diri masing2...aku cuma mengangguk konon faham, tapi mataku ralit melihat ke dalam mata warga2 emas yang bercerita...dalam suka menerima tetamu, duka tetap terserlah...
Bila difikirkan, adakah bila usia kita mencecah angka sedemikian masih berdaya lagi, ada ke anak2 yang akan datang menjaga dan menziarahi, tak mustahil juga kalau kita menjadi penghuni rumah orang2 tua...moga2 dijauhkan...

Pulang kali ini lebih menyedihkan bila melihat abah yang kian susut, selera pun kurang, tapi masih bersemangat untuk ke kebun.. Bimbang ibuku kalau abah rebah di kebun, tapi disebabkan tak betah duduk berehat di rumah, digagahkan juga..

3 hero seperti biasa seronok berjumpa saudara-mara, makan pun lebih daripada biasa..."Ikan keli nenek sedap", dialog yang memang membeli jiwa. Sudahnya sekali beli 5-6 kg. "Biarlah..kata neneknya, dia nak makan, makan aje le..
Bebudak tu dok membilang hari..baki cuti yang tinggal...tentu menunggu janji istimewaku di hujung minggu.

Alhamdulillah..thank you Allah, kerana kepulangan kali ni banyak menyedar dan menginsafkan aku akan kekayaanMu.

Thursday, June 02, 2011

Pindah lagi

Leberi dah macam kena langgar garuda, macam tongkang pecah pun ada. Aku pulak takde next week...harap2 semuanya ok,

Lepas ni byk lagi kerja yang nak dibuat sebelum ready utk semua. Ada dah org komplen lama sgt tutup. tapi nak buat camana..byk lak yg nak susun tu...kalau siap cepat boleh cepat buka..ramai yg nak lepak kat Taman kami tu..

Kita tunggu dan lihat camana perkembangan seterusnya

Friday, May 27, 2011

Lega!

Minggu ni banyak yang dah lega...Alhamdulillah

1. Anak2 dah habis exam... Boss kepada Mr Bos bagi dia kerje dari rumah..lega sangat, sebab dalam dok sibuk2 ni boleh dia tengokkan bebudak tu nak exam...Lega jugak tekak aku dgn mak sebab tak payah nak lecture kat 3 hero tu..lega..lega..

2. Air dah ada..lega, walaupun semalam kena tarik paip dari luar..takpe la, airnya banyak, walaupun tak boleh guna untuk masak sebab ada pasir2 halus tapi yang penting boleh mandi...lega..bebudak tu pun takde la pergi sekolah dgn basuh ketiak and muka je hihihi...tapi aku tetap mandi..jangan ingat aku tak mandi tau..cuma berapa kali tu..rahsia..Time takde air ni Mr Bos pun ada, so senang dia gerak ke hulu hilir mencari air..kalau tidak naya kami..time kecik2 dulu bila takde air kami selalu pi mandi sama ada kat Sekolah Beserah atau Sg. Lembing..kali ni lori JBA pun tak lalu kat rumah...lega..lega dah ada air

3. Program bacaan Yasin and tahlil kat leberi baru selesai malam tadi. Alhamdulillah puas hati, hidangan sedap, cuma yang lebih elok kita baca Surah Al-Baqarah, tapi rasanya elok kita sebagai penghuninya baca sendiri..lebih afdhal..lega..lega

4. Aktiviti kemas mengemas 1st stage hampir selesai, so kalau nak cuti sempena cuti sekolah ni takde la risau sangat, lagipun ada backup staff utk monitor movers nanti..Sampah masyarakat aku je dah beri sumbangan besar kepada target 1 tan...tapi aku tak buang lagi kertas2 kursus yg lama tu..tak tau patut buang tak...confuse..

Dalam pada lega2 tu ada gak yang tak leganya, kaki aku bengkak sebab asyik terlanggar kotak je..kena beli koyok untuk mendapatkan ke'lega'an...Rasanya balik kampung ni kena cari orang untuk overhaul ni..

Monday, May 23, 2011

Out with the Old, In with the new

We're moving out! So hari ni start packing, harap2 semua berjalan lancar, bila coincide dgn cuti sekolah pulak, kesian pulak orang yang nak kenduri kendara.

BIla start packing and moving mata jadi sesak tengok kotak2 yang dah mula menimbun, tengok jiran sebelah pun tak nampak.

Anyway to all the staff, happy packing..Ingat, jangan bawak sampah kat rumah baru. dan yang penting target untuk dapatkan jualan paper 1 tan tercapai hihihi

Good luck Guys!

Tuesday, April 12, 2011

sukan untuk semua!

Aku dah daftar sukan. Daftar nama je, Tahun lepas main sukaneka je hihihi..boleh la kan..dapat gak serpihan2 hamper, tahun ni daftar main petanque dan lawn bowl. macam mana cara main aku tak tau, rupa bola macam mana pun tak tau..semalam tanya Pakcik Google, tengok bolanya kecik je. tapi tak tau la..aku dengan bola ni bukan best friend sangat..lagipun dah jauhhhhhh hati sejak sukan yang dulu tu...
Tapi rasanya kali ni nak cuba jugak, biarla tak terpilih pun, kurang2 tau la rupa bola tu..tapi aku risau gak, liza kata aim manager mesti menang???
Cewahh...risau macam la terpilih..takpe la, aku main suka2 je, lagipun dapat kenal2 staff, cuma masalah aku tak boleh ingat nama je, rupa je aku kenal.

Untuk event manager, kami cuba la yang terbaik...“gambatte kudasai!” kata orang Jepun.

Monday, January 24, 2011

Craft project

Ngeh3, dah siap satu beg, ada pulak orang jealous..hahaha..byk lagi projek tak siap..cita2 menggunung tinggi, konon nak buat macam2..tapi tangan ada 2 je..kalau tak sakit tangan bergerak la mesin tu..kalau sakit kena put on hold..Sian kat customer aku..lama sungguh nak tunggu habuan masing2..ni pulak Mr Bos sudah tambah dua beg untuk bos dia..huhuhuhu..Mr Bos punya Boss...aiyooo kena buat cepat la..nanti appraisal affected..huhuuh...tapi kan Bos, rasanya kalau i dpt ikut pi Hong Kong mesti lagi best design kain for your Boss tu kan...passport i hidup lagi...!

So dengan sentuhan magis Mr MN, dapatla amik gambar beg ni..pas ni orang2 yg kat leberi ni dah ramai ada kamera, boleh la aku mintak depa asah skill amik gambar craft tangan pulak...hihihi..yang penting ada subjek...tak gitu En Nizam?

So subjek berikut telah diambil oleh En Nizam..


Terima kasih untuk MN dan juga backdrop biru, begitu hidup gambar apple kat bag..

Monday, December 27, 2010

Pecah pantang

Alhamdulillah, 3 hero tu dah boleh berseluar.
Untuk meraikan 'kejayaan' mereka, semalam kami bawak la 3 hero tu outing...Aktiviti pagi tu dimulakan dengan kunjungan ke Pasar Tani..beli ayam. maklum la ada yang hajat nak makan ayam pusing2..setengah ekor sorang pulak tu..hish..boleh caya ke??
Niat hati nak beli la kambing..nak buat beriani Hyderabad, cekonon..hancusss..bulu kambing pun takde..
Dah lepas breakfast, dekat jam 11 tu pergi la merewang2 dekat bandar...puas hati budak tu dapat makan piza..dalam pada bukak piza tu, masing2 dok mintak confirmation lagi ni..betul ke boleh makan ni? Dah baik ke kita ni? Piza ni ada telur tak? SOsej tu boleh makan tak....Sampai aku letih nak explain mana yang boleh mana yang tidak...
So selamat la piza tu ditelan budak bertiga,,aku dpt mkn sekeping je..hish, hish..takpe la..janji dah ditunaikan..So boleh la tick menu satu..yang lain2 kena tunaikan pulak.

Tinggal kurang dari seminggu lagi for my honeymoon to be over..lepas ni schedule hidup akan bertukar..lebih sibuk dari biasa..budak2 ni nak kena train tidur dan bangun awal, mak dia pun kena bangun awal...huhuhuhuu...kena masak pagi2 pas ni..macam bangun sahur daa....

Friday, December 03, 2010

Family Outing

Seronok betul 3 hero bila dibawa meronda semalam. Misi aku ialah untuk ‘fatten them up’ sebelum dijawikan Sabtu ni.
Mulanya nak bawak pi tgk Harry Potter, bila tgk cinema listing, 13PG so kensel la. Nak bawak tgk Rapunzel tapi tak semua berminat…takkan aku nak bawak pi tengok 2 Alam pulak kan..

Jadi bawak je la jalan-jalan, pi kedai buku, beli buku untuk baca masa berpantang huhuhuhu..tapi hampir pasti tarikan utama ialah tv la..nak main kat luar of course la kena ketuk kepala!
Bawak pergi makan, sukanya hati bila masing2 dapat apa yang diminta..bila pikir2 macam cerita Hansel & Gretel pulak..bagi makan kenyang2 pas tu akan di’korban’kan, dan aku la the evil witch! muahahaahha

Time cuti ni memang stok makanan kat rumah cepat habis, asyik lapar je budak2 ni..Tak dapat aku bayangkan lepas berkhatan nanti macam mana..Kena tambah la jawabnya belanja food and beverage..ngeh, ngeh. Dah makan nasi lepas maghrib tu, mintak pulak buat pancake, segala macam dibubuhnya, madu la, strawberry la. macam restoran 24 jam..Malam tu buat pulak chocolate pudding..nak roti tapi nanti la..masa pantang nanti aku buat roti yg sesuai utk budak2 tu..sure tak berapa selera bila tak boleh mkn ayam..hihihi…

Aliff dgn Afiq dah sebut2 berdebar2 nak tunggu Sabtu tapi aku bagitau kalau tak tahun ni tahun depan kena jugak, lagi malu bila dah kawan2 lain dah berkhatan tgk awak yg ketinggalan. Afiq bersemangat semula bila dia kata nanti dah bersih, dia nak solat belakang imam, nak jadi imam muda! harap2 makbul la jadi Imam muda..

Aku pulak tak dak lagi rasa berdebar2, masa ada org tanya mesti dah suspen kan? aku senyum je, sebab tak tau apa rasanya..yg aku rasa, macam tak percaya je budak2 ni dah besar, macam baru semlm je dok timang2…apakah ini tanda patut ada penambahan ahli keluarga???? Adakah aku masih berpeluang???

Friday, September 24, 2010

All's well that ends well

Syawal gathering kami dah selesai. Alhamdulillah semuanya cukup..berlebih2 pun ada..ramai jugak yang tak datang, ada yg cuti, ada yg puasa..
Kepada yang datang, terima kasih kami ucapkan, moga berjumpa lagi 2 tahun akan datang. Kepada yang tak datang, takde rezeki nak berjumpa la nampak gayanya..

Ada jugak yg kecik hati, kata kami tak jemput..bukan disengajakan, undangan dihantar ke opis, yg menyampaikan patutnya staff pejabat masing2 la..Budget terhad nak jemput semua..kami pun tak larat nak call sorang2 nak jemput masuk, apa la salahnya kalau tengok org dah ramai2 tu masuk, bukan tak biasa, padahal sebelum ni hari2 boleh datang..tetiba lak nak malu...pelik bin ajaib.

Lepas jamuan rasa nak rebeh bahu ni, Alhamdulillah jejaka2 opis ni gotong royong membasuh..memang sesuai pun, sebab kalau yg pompuan berbaju kurung nak basuh dgn tempat yg sempit tu, susah jugak..Terima kasih daun keladi 2 tahun lagi silalah basuh lagi..

Ada yg flat balik rumah semalam...Mata memang layu..aku pulak rasa ketat tang sendi kaki...rasa tahap aku berjalan sangat la slow.,

pagi ni kaum ibu yg ada cuma aku, mzm,wmz,jue. so kena habiskan saki baki barang yg dah dicuci..makcik yam dgn pantas mengemop lantai...
hari ni kafe mahallah buat open house, kami tak larat nak pergi...wakilkan kaum adam je la..nak sambung pose pun tak larat hari ni.

Seronoknya kalau dapat pergi spa lepas penat2 badan ni....

Monday, September 20, 2010

preparation for shawal gathering

20/9/2010 - Beli barang,punya la mahal barang sekarang, rasa macam nak pakai daun pisang je hihihii..
masak sirap...baunya sungguh menusuk hidung..menggegar imanku..
edar kad jemputan untuk tetamu..harapnya makanan cukup..
21/9/2010 - kemas2 opis, simpan apa yg perlu, buang apa yang tak perlu. MZM kata nak masak air..kita tgk jadi ke idak..aku kena bawak kain batik lepas dll
22/9/2010 - rebus nasi impit, rendam bihun..sebelum tidur malam tu kena urut kaki, prepare for the big day...
23/9/2010 - Hari besar...kena dtg opis pepagi...arrange apa yg patut..Bos kena meeting JKR, so kena la kami layan tetamu dulu. nanti mintak bos meeting cepat sikit, kot2 ada big shot datang..kelu lidah nak melayan.
24/9/2010 - hari kemas barang..

Friday, August 06, 2010

Home..finally

i'm home again..seronoknya!

Letih gak kursus baru2 ni..kursus mengangkat orang hihihihi..
Tapi kan..kalau dah emergency dah tak kira guna teknik apa..asal boleh je rasanya..

memang seronok, sebab kali ni dapat jumpa orang2 yg dah lama sangat tak jumpa..
tapi aku lupa pulak nak amik gambar, especially masa kejadian rescue orang tu...
dok terbaring masing2 depan leberi..ada student ingatkan depa ni kemalangan sungguh..
siap panggil ambulan tu..pelakon2 tu pulak siap kami solekkan dengan darah, dan bakar-bakar sikit baju yang diberi supaya nampak macam betul...

"What happened sister"? "Is it serious?" hihihi, tapi kalau kena la student foreigner macam ni...aku cakap awal2 lagi aku surrender...tak cukup stamina acik ni..lagipun dah tua, hihihi...

Gossip toksah cerita la..asal pergi ada gosip, asal pergi ada gosip hahaha..betul tidak tak tahu...aahhh lantak la..yg penting happy..

Aku nak balik, nak jahit beg dan ada projek tambahan lain untuk weekend ni..

Tuesday, May 04, 2010

Crafty piece

Sebab aku dah bebas dari belenggu, jadi boleh la aku story mory pasal benda2 yang happy je..
Minggu ni berjaya siapkan dress untuk anak buah ni, aku modify dari baju t-shirt yang jual murah..tak sangka lak menjadi…sgt puas hati. Frill kat leher tu aku buat dari bahagian t-shirt yang dipotong..Tapi lepas ni nak try dgn blouse biasa lak, dgn kain t-shirt leceh la..


Minggu lepas pulak dah siap hantarkan beg cik adik sorang ni..Ni tempahan kedua dia..thank you valued customer! Minah ni dah jatuh cinta dgn kain corak childhood memories ni…nak jugak beg dia tepek gambar tu…dan dicadangkan combine dengan
denim..

Puas la merata kedai aku cari kain denim tapi tak jumpa…kena pi KL jugak baru dapat..Untuk hiasan aku buat bunga dari lace utk kasi lebih feminine, dan letak la bear kecik sekor untuk sesuaikan imej dia yang happy go lucky tu..

Work in Progress
1. Beg kain sembahyang
2. Beg travelling
3. Mini pouch
4. Modify bagpack
5. Bag kereta untuk 3 hero
Tapi yang paling penting adalah pencil case untuk funder for life aku a.k.a. Mr Boss….sabar ek…

Monday, December 28, 2009

craft story

Cuti minggu ni dihabiskan buat beg gadis cilik ni...byk kerja kena jahit, tetas balik...huhuhu mmg mencabar buat bagpack ni...cekonon nak buat simple je, tapi bila pikir balik sian budak ni nak angkut barang2...buat le lining yg ada sponge biar selesa bawak barang2..jgn diangkut batu dah le..kot2 mak dia yg guna isi laptop tak tau la..

Aku nak masukkan poket pun tak dapat sebab takut sarat sgt..next time nak try buat yg ada poket kat tepi, boleh buat isi botol air...so sebagai ganti aku buatla wristlet..kot2 dia nak isi pencil colour ke apa ke..tapi tadi aku nampak mak dia dah dok menggayakan kat wrist dia..hihihi..gasak korang le anak beranak..
Nak buat applique nama dia takut lak kes2 culik la ni byk..nanti org tau lak nama dia..so aku letak applique gambar cupcake dari kain felt..jahit lak manik2 cekonon macam hiasan cupcake..aku tgk terliur lak..mula rasa nak buat cupcake ni hahahah...

Jenuh mencari buckle utk letak kat bagpack ni.


Lapar la tgk cupcake ni.

Harap2 budak kenit tu puas hati la...pas ni nak buat tempat surat lak..sian akak tu lama dok tunggu tempat surat dia..ngeh2...biasa la..bukan pekerjaan tetap..kena amik masa la...

Monday, October 26, 2009

Weekend stories


On your mark, get set, shopping time!


Catch of the day


Antara pengunjung sale


What a weekend! Memang busy, mulanya mlm Sabtu tu, ingat nak pi Parkson Warehouse sale, up to 80% off. Lepas Maghrib aku dgn mak aku pergi le, bebudak tu tinggal je dgn adik aku…Waduh2, sesak gila jalan kat situ, ingatkan kot org dapat gaji awal bulan ni dah tak bernafsu nak membeli lagi…rupanya lagi sesak… Kensel plan malam tu..balik putih mata je le..
Sabtu pagi aku bangun awal betul, siapkan makanan bebudak tu, cuci kain..aku aim 9.30 am je dah terpacak kat pintu Parkson..bebudak tu ikut adik aku ke office dia, habih aktiviti kami aku pi le jemput dema tu..
Sampai parkson aku dapat baik punya parking..teduh…wah kelibat manusia ramai betul, aku agak ada yg tidur kat tangga Parkson malam tadi…yg bawak baby pun ada, nenek2 yg kena pimpin pun ada gak…Aku dgn mak dah tunggu kat 3 mata tangga teratas..hihihihiih teruk kan? tapi aku peduli apa..masa Hush Puppies buat warehouse sale lagi gila..dari situ le aku belajar teknik pergi jualan gudang ni….
Tepat jam 10.01 pagi, pintu bukak…org punya terjah macam kambing nak keluar kandang…aku dgn mak rilek je sebab bukan nak cari baju pun..Tapi punya la sesak..org beli mcm tak hingat…bantal dan cadar paling byk diborong..aku tak beli sebab suka lagi bantal kekabu..Ada barang ok, ada barang yg dimark up tinggi melangit harganya…
Ada la barang2 aku beli tapi yg paling puas hati dapat beli patung Power Rangers dgn harga Rm6 sekor, kalau tak harga sekor tu dalam RM49.90..
Malam tu anak2 tidur senyum..puas hati dapat mainan yg diidamkan..aku pulak..senyum sebab dapat menggembirakan bebudak tu..tapi lagi gembira sebab dapat harga yg murah…lega poket aku…
Balik tu dah tak larat, mkn kat luar je…pas tu mula la buat beg makwe sorang ni…dia nak saiz A4 dan warna merah..macam kecik je..tapi orangnya pun kecik, kalau pakai beg besor org kata lak beg lagi besor dari tuan…aku ingatkan dapat bagi dia weekend ni, tapi sebab aku kena pi KL, maka siap kira2 50% je..Tapi aku suka sgt, sebab dpt apply a few techniques yg aku belajar kat beg dia…tu pun byk gak silap, tetas, jahit, tetas jahit, tapi sebab excited nak siapkan, idea tu dtg mencurah2…

Beg merah idaman makwe

So kepada makwe yg jauh di mata tu..harap bersabar…tgk je le gambar2 ni ya…ada pulak org kat opis ni dah jealous…dia nak jugak hihihii…

Thursday, April 16, 2009

WIP - Work in progress 2


Saja tepek to motivate myself to finish the project...

Anak kucing dah ada mata..

Wednesday, April 15, 2009

WIP - Work in progress

Here's a sneak peak at my WIP...lembap la aku buat kerja..sorry aaa...
kepada pihak berkenaan harap bersabar..


Tak sure nak guna sekor ke 2 ekor kucing tu...Anak2 pulak dok tunggu bila giliran depa nak dapat...huhuhuhu, stress utk org yg tak pandai ni!

Monday, April 13, 2009

Weekend activities n Monday updates

Mulanya Sabtu tu nak pergi kelas..ish tunda lagi, byk lak kerja nak kena settle, amik tv, bayar insurans, lagipun Aliff sekolah ganti utk hari raya..awalnya le..
Jadinya, pergi le meronda2 sebelum amik tv tu, dah amik tv, aku ni lupa lak nak tanya kaedah menyambung semula..Bengap betul le pasal tv ni, lagipun i don't watch tv so much, couldn't be bothered cara memasangnya..selalunya sang suami yang sibuk2 with the gadgets because tv is his life...hihiih, jangan marah ye boss..
Dah balik rumah aku tekan2 tak kuar gambar, mula la rasa nak marah pasal kat kedai elok je, godek sana sini..tak jadi gak, call le cik abang..dia pun bagi instruction lebih kurang, aku godek2 lagi..ada suara, tapi mcm hujan je skrin tu..call lagi..dia tanya aerial pasang tak, aku pelik la, tak pasang aerial takleh ke...hihihi dia gelakkan aku itu le rupanya problem nak pasang..aerial tu aku tak pasang..ishhh...bosan betul...aku pasang je aerial elok je gambor keluar..nyampah..tapi channel tu semua dah lari dek sebab aku menggodek..lantak le, biar dia betulkan nanti masa dia balik..i told the kids, tgk je channel yg ada gambar, yg takde tak yah tekan2...baguih punya instruction kan...

Ahad..

Awal lak aku bukak mata pagi ahad tu, teringat lak aku punya projek biskut..buat le..jam 9 pg dah boleh makan biskut tu, tapi malas aku nak membentuk satu2, last2 aku terap je..bebudak tu biasa le, puji-pujian melangit...siap cakap buat gambor lain lak..hish..
Macam sedih je puppy ni!

Bebudak tu macam2 peel dibuatnya, aku solat pun tak khusyuk, yg tak tahan tu masa tengah solat Adib dok gaduh dgn Aliff, datang Afiq tu dok ejek2 dia..yg best tu dialog Afiq dengan Aliff

Aliff: Adib ni kan, selalu je buat orang, macam pandai sangat, sekolah pun pergi sekolah orang
Afiq: Ha'ah, kalau pandai sangat, cuba eja terung dalam bahasa cina?????

Hahahaha, aku sakit perut menahan gelak, memang markah solat zero le hari tu, kalau suruh eja ok lagi, tapi suruh eja dalam bahasa Cina..hihihihi..lawak le budak ni..

Petang tu depa mogok tak nak tidur..dok main je, aku dah marah pun tak layan, takpe...aku bilang nanti bersuka ria mesti nangis..tak sampai 5 minit lepas aku cakap Afiq menjerit, rupa2nya, luka dagu dia tu berdarah semula dek bergasak dgn Adib, aku pun apa lagi siren la, volume 10 rasanya..mula la masing2 diam ...geram betul..sudahnya Afiq tertidur dlm kesakitan, yg 2 lagi tu memang tegar, tak tidur, last2 aku hukum depa, mak keluar, sorang pun takleh ikut sebab takde sapa nak dengar cakap mak..hihihihi padan muka..
bila aku balik, aku dengar suara Aliff baca buku...hihihi rupanya Wan dia kaunselling dia pasal membaca etc...Alhamdulillah, thanks Mak, I LOVE YOU...
Mangsa kejadian, tertidur menahan sakit...

Isnin...

Pagi lagi Adib bangun, malam sebelum tu sibuk suruh aku gosok baju tadika yg beli lama dulu, dek takde seluar biru, dia pulak pandai cakap nak pakai dengan seluar jeans...happy je nak pi tadika..aku tak jumpa lagi tokey Taska tu, nanti2 le....
Pelajar tanpa izin....