Thursday, September 30, 2010

Suka atau tak suka

Kadang-kadang, dalam hidup kita berdepan dgn situasi suka dan tak suka. Kadang2 kita suka sesuatu atau seseorang, mungkin org atau sesuatu tu tak suka pada kita.
Boleh jadi juga kita tak suka sesuatu benda atau keadaan, tapi keadaan tu yang menyebabkan kita terpaksa suka.
Kalau kena situasi yang memang suka..sudah pasti jadi nyaman dan menyenangkan…
Dalam hidup, kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, dan bukan sebaliknya. Bila sebut sesuaikan diri tu bukanlah bermakna orang tonggang arak kita kena ikut, tapi maknanya keadaan tu tak sesuai dgn kita, maka kenalah kita jauhkan diri.
Adakah kita perlu menjauhkan diri bila kita tak suka sesuatu benda atau seseorang…aku rasa tengok keadaan..just to play safe…tapi bila perlu, kenalah bersikap professional.
Suka atau tak suka, kalau dah terpaksa, gunakan akal untuk mengatasinya, bukannya rasa, sebab ikut rasa badan boleh jadi binasa.
Ini peringatan untuk aku terutamanya….

Friday, September 24, 2010

Honey, i'm home!

Mr Bos suka buat surprise bila dia nak balik, itu hari aku ingat dia sampai jam 2am, alih2 dia tepon kata dah depan megamall, masa tu aku baru sampai ofis lepas solat jumaat..kesian pulak, makanan utk org dewasa takde pulak kat rumah masa tu kena le dia makan kat kedai sementara tunggu aku balik..
Byk kali dah macam ni, ada sekali aku ingat nak masak jam 11 mlm, dia terpacul kat muka pintu jam 9pm...
Hari ni, kejap tadi aku call nak tanya menu, dia kata dia dah nak balik dah...ayo..kena le balik nak masak awal gayanya..elok gak aku call, buatnya dia balik aku kat bandar ke or pergi beraya, kena lagi makan kat kedai..kesian pulak.

Oleh itu,Lain kali jangan suka buat surprise yang melibatkan hal2 perut, silap2 haribulan, kebulur!

All's well that ends well

Syawal gathering kami dah selesai. Alhamdulillah semuanya cukup..berlebih2 pun ada..ramai jugak yang tak datang, ada yg cuti, ada yg puasa..
Kepada yang datang, terima kasih kami ucapkan, moga berjumpa lagi 2 tahun akan datang. Kepada yang tak datang, takde rezeki nak berjumpa la nampak gayanya..

Ada jugak yg kecik hati, kata kami tak jemput..bukan disengajakan, undangan dihantar ke opis, yg menyampaikan patutnya staff pejabat masing2 la..Budget terhad nak jemput semua..kami pun tak larat nak call sorang2 nak jemput masuk, apa la salahnya kalau tengok org dah ramai2 tu masuk, bukan tak biasa, padahal sebelum ni hari2 boleh datang..tetiba lak nak malu...pelik bin ajaib.

Lepas jamuan rasa nak rebeh bahu ni, Alhamdulillah jejaka2 opis ni gotong royong membasuh..memang sesuai pun, sebab kalau yg pompuan berbaju kurung nak basuh dgn tempat yg sempit tu, susah jugak..Terima kasih daun keladi 2 tahun lagi silalah basuh lagi..

Ada yg flat balik rumah semalam...Mata memang layu..aku pulak rasa ketat tang sendi kaki...rasa tahap aku berjalan sangat la slow.,

pagi ni kaum ibu yg ada cuma aku, mzm,wmz,jue. so kena habiskan saki baki barang yg dah dicuci..makcik yam dgn pantas mengemop lantai...
hari ni kafe mahallah buat open house, kami tak larat nak pergi...wakilkan kaum adam je la..nak sambung pose pun tak larat hari ni.

Seronoknya kalau dapat pergi spa lepas penat2 badan ni....

Monday, September 20, 2010

preparation for shawal gathering

20/9/2010 - Beli barang,punya la mahal barang sekarang, rasa macam nak pakai daun pisang je hihihii..
masak sirap...baunya sungguh menusuk hidung..menggegar imanku..
edar kad jemputan untuk tetamu..harapnya makanan cukup..
21/9/2010 - kemas2 opis, simpan apa yg perlu, buang apa yang tak perlu. MZM kata nak masak air..kita tgk jadi ke idak..aku kena bawak kain batik lepas dll
22/9/2010 - rebus nasi impit, rendam bihun..sebelum tidur malam tu kena urut kaki, prepare for the big day...
23/9/2010 - Hari besar...kena dtg opis pepagi...arrange apa yg patut..Bos kena meeting JKR, so kena la kami layan tetamu dulu. nanti mintak bos meeting cepat sikit, kot2 ada big shot datang..kelu lidah nak melayan.
24/9/2010 - hari kemas barang..

Friday, September 17, 2010

cerita kek raya

Hari ni hari terakhir cuti utk raya, esok kena blk kuantan dan rutin biasa mula semula. Alhamdulillah berjaya jugak balik kg untuk beraya walaupun rumah yang dikunjungi limited edition. Tak kisahlah...
Tahun ni ada beberapa kekecewaan dari segi kuih raya..Tahun ni aku tak nak buat kek sebab ingat nak raya dengan kek lapis.
Satu kek lapis aku order dgn akak aku sebab kat opis dia ada persatuan pelajar jual...BIla tgk gambar mcm besar la...dah la mahal, bila sampai mcm besar bekas pensel anak aku je...rasanya cukup menyedihkan...
Satu lagi aku order dgn org yg dah aku order tahun lepas. Satunya pos dah naik harga..dah la satu hal nak mendapatkan kek lapis aku order. Pos tak sampai2 lagi..mcm ada benda tak kena bila tanya kata dah pos, bila cek dgn posto baru sampai..tak tau mana satu nak percaya.

Bila dah dpt kat tgn aku, sampai rumah terus aku timbang sebab pelik tgk kecik sikit tahun ni...tengok2 hish...x sampai pun 900gm. Mr Bos kata kek tu kecut..betul la kecut tapi takkan dari harga untuk 1.2 kg jadi 850gm. Harga kek tu tak kecut pulak..

Aku mmg kecewa..rasanya tak seperti dulu..so 3 kali kecewa..1, sebab kata dah pos tapi tak pos, 2. sebab timbangan kurang, 3. sebab rasa tak sama.
Camana la aku tak geram dgn org melayu meniaga lagu ni...geram sangat2.
Untuk tahun depan aku dah tak nak order dah kek lapis tu..aku akan cuba buat sendiri walau sesusah manapun...

Betul la mcm cite X-files kata...Trust no one..

Tuesday, September 07, 2010

Edisi Raya

Raya kali ni lebih meriah untuk 3 hero tu. Masing2 dah nampak kefahaman sikit tentang puasa, sahur dan raya, especially Aliff. Siap nak ganti puasa yang tinggal sehari dek lelah..Lagi 2 orang tu..hmmm Adib nampaknya lebih tahan berbanding Afiq..Tapi yang pasti, nafsu marah tu tak boleh kawal sgt lagi..almaklum bila lapar…semua macam singa.

BIskut aku buat pun dah tinggal setengah balang..aliff dok tanya biskut2 lain bila nak buat..hmmm tengok la nanti bila aku ada mood sambung balik..nanti buat bebanyak tak habis..

Mulanya tak rancang nak blk kampong, tapi bila sekolah bagi cuti sampai Khamis, aku sebagai GPK HEM yg tak terlatih memutuskan anak2 aku akan diberi cuti percuma sebyk 2 hari..Jumaat dan Sabtu..ngeh3

Apa barang sekolah tu nak ganti cuti masa bebudak mood raya..Berapa kerat ajelah budak yg datang agaknya..dulu tak nak ganti awal2.. Lagipun biarlah dapat balik kampong..boleh jumpa sedara mara belah Mr Bos, yang pasti aku perlukan jurubahasa bila pergi ziarah nanti..kalau tidak macam ayam dgn itik ajelah..

Kuih raya utk Hjh Rogayah, ibu mertuaku pun dah selamat aku poskan awal2....nak up sikit markah aku, beli jiwa sebab aku menantu yang jarang dia jumpa..mana tau kot2 dapat bendang serelong dua hihihihi, kalau org salah sangka mesti ingat aku menantu hantu, materialistic, tamak haloba… kwang, kwang kwang…
Ye lah, kalau tak buat sian pulak mertuaku, orang datang ramai…kurang2 yang sikit tu boleh menambah2.

Lepas raya ni sibuk jugak, Leberi nak buat open house, dilemmanya..bujet ciput, org ramai….camana tu,? ramai pulak menanya open house leberi ni…menu apa la dll. Department lain buat open house ada kami tanya menu??

Nanti kalau orang tanya aku nak jawab menu kargo..asal boleh je la..Yang aku risau kot tak cukup makanan je..tapi ok gak sebab ofis ni sebelah kantin, agak2 kalau makan tak cukup tetamu boleh singgah kantin..tapi sebagai tuan rumah dan tuan tanah kedaung mesti nak tetamu puas hati..

Ada suara2 belakang tabir mintak aku buat spaghetti..tak tau la nak buat ke tidak..terutamanya bila kenangkan kisah tragis di sebalik menu itu..tengok lah dulu..

Aku dah mula cuti esok, byk kerja kat rumah tu..mak aku pun asyik sakit kaki je..risau pulak..
So kepada sesiapa yang tersinggah kat sini, harap maaf atas segala kesilapan dan mana yang terkasar bahasa..

Kepada MZM, mohon maaf, tempahan anda mengalami kesilapan teknikal terutamanya bahagian zip…kena tetas balik, ni dah 2 kali dah repair..jika puan tak puas hati sila isikan borang J dan hantar kepada bahagian aduan produk ya..terima kasih.

Selamat hari raya!

Wednesday, September 01, 2010

10 years and counting...

1/9/2010. It’s been ten years of my life spending partnership with my husband. To be exact, I only live together with him for 11/2 years during my study leave. The rest of the time was spent on a long distance marriage. Only the distance separates us..our hearts are bind together with love.

After 10 years, there are a lot of things yet to be discovered about my partner. We’ve had our conflicts, arguments, our ups and downs. We’ve shared our laughter and tears. I am not a perfect wife nor he is a perfect husband, but in our eyes and heart, we completed each other.

We started off as friends and later lovers and husband and wife. He makes me laugh and if anybody asked what is one special thing about your partner?, well I can’t give a definite answer because everything is special, even the flaws….

Alhamdulillah, thank you for all the love and blessings.
I hope Allah will bless our marriage and family forever….Amin..

How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what an honor it is
for me to be your wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until I became your wife.
You make this year and every year
the best one of my life.

Now, what would be a perfect anniversary gift???? hihihii