Minggu ni banyak yang dah lega...Alhamdulillah
1. Anak2 dah habis exam... Boss kepada Mr Bos bagi dia kerje dari rumah..lega sangat, sebab dalam dok sibuk2 ni boleh dia tengokkan bebudak tu nak exam...Lega jugak tekak aku dgn mak sebab tak payah nak lecture kat 3 hero tu..lega..lega..
2. Air dah ada..lega, walaupun semalam kena tarik paip dari luar..takpe la, airnya banyak, walaupun tak boleh guna untuk masak sebab ada pasir2 halus tapi yang penting boleh mandi...lega..bebudak tu pun takde la pergi sekolah dgn basuh ketiak and muka je hihihi...tapi aku tetap mandi..jangan ingat aku tak mandi tau..cuma berapa kali tu..rahsia..Time takde air ni Mr Bos pun ada, so senang dia gerak ke hulu hilir mencari air..kalau tidak naya kami..time kecik2 dulu bila takde air kami selalu pi mandi sama ada kat Sekolah Beserah atau Sg. Lembing..kali ni lori JBA pun tak lalu kat rumah...lega..lega dah ada air
3. Program bacaan Yasin and tahlil kat leberi baru selesai malam tadi. Alhamdulillah puas hati, hidangan sedap, cuma yang lebih elok kita baca Surah Al-Baqarah, tapi rasanya elok kita sebagai penghuninya baca sendiri..lebih afdhal..lega..lega
4. Aktiviti kemas mengemas 1st stage hampir selesai, so kalau nak cuti sempena cuti sekolah ni takde la risau sangat, lagipun ada backup staff utk monitor movers nanti..Sampah masyarakat aku je dah beri sumbangan besar kepada target 1 tan...tapi aku tak buang lagi kertas2 kursus yg lama tu..tak tau patut buang tak...confuse..
Dalam pada lega2 tu ada gak yang tak leganya, kaki aku bengkak sebab asyik terlanggar kotak je..kena beli koyok untuk mendapatkan ke'lega'an...Rasanya balik kampung ni kena cari orang untuk overhaul ni..
No comments:
Post a Comment