Monday, April 13, 2009

Weekend activities n Monday updates

Mulanya Sabtu tu nak pergi kelas..ish tunda lagi, byk lak kerja nak kena settle, amik tv, bayar insurans, lagipun Aliff sekolah ganti utk hari raya..awalnya le..
Jadinya, pergi le meronda2 sebelum amik tv tu, dah amik tv, aku ni lupa lak nak tanya kaedah menyambung semula..Bengap betul le pasal tv ni, lagipun i don't watch tv so much, couldn't be bothered cara memasangnya..selalunya sang suami yang sibuk2 with the gadgets because tv is his life...hihiih, jangan marah ye boss..
Dah balik rumah aku tekan2 tak kuar gambar, mula la rasa nak marah pasal kat kedai elok je, godek sana sini..tak jadi gak, call le cik abang..dia pun bagi instruction lebih kurang, aku godek2 lagi..ada suara, tapi mcm hujan je skrin tu..call lagi..dia tanya aerial pasang tak, aku pelik la, tak pasang aerial takleh ke...hihihi dia gelakkan aku itu le rupanya problem nak pasang..aerial tu aku tak pasang..ishhh...bosan betul...aku pasang je aerial elok je gambor keluar..nyampah..tapi channel tu semua dah lari dek sebab aku menggodek..lantak le, biar dia betulkan nanti masa dia balik..i told the kids, tgk je channel yg ada gambar, yg takde tak yah tekan2...baguih punya instruction kan...

Ahad..

Awal lak aku bukak mata pagi ahad tu, teringat lak aku punya projek biskut..buat le..jam 9 pg dah boleh makan biskut tu, tapi malas aku nak membentuk satu2, last2 aku terap je..bebudak tu biasa le, puji-pujian melangit...siap cakap buat gambor lain lak..hish..
Macam sedih je puppy ni!

Bebudak tu macam2 peel dibuatnya, aku solat pun tak khusyuk, yg tak tahan tu masa tengah solat Adib dok gaduh dgn Aliff, datang Afiq tu dok ejek2 dia..yg best tu dialog Afiq dengan Aliff

Aliff: Adib ni kan, selalu je buat orang, macam pandai sangat, sekolah pun pergi sekolah orang
Afiq: Ha'ah, kalau pandai sangat, cuba eja terung dalam bahasa cina?????

Hahahaha, aku sakit perut menahan gelak, memang markah solat zero le hari tu, kalau suruh eja ok lagi, tapi suruh eja dalam bahasa Cina..hihihihi..lawak le budak ni..

Petang tu depa mogok tak nak tidur..dok main je, aku dah marah pun tak layan, takpe...aku bilang nanti bersuka ria mesti nangis..tak sampai 5 minit lepas aku cakap Afiq menjerit, rupa2nya, luka dagu dia tu berdarah semula dek bergasak dgn Adib, aku pun apa lagi siren la, volume 10 rasanya..mula la masing2 diam ...geram betul..sudahnya Afiq tertidur dlm kesakitan, yg 2 lagi tu memang tegar, tak tidur, last2 aku hukum depa, mak keluar, sorang pun takleh ikut sebab takde sapa nak dengar cakap mak..hihihihi padan muka..
bila aku balik, aku dengar suara Aliff baca buku...hihihi rupanya Wan dia kaunselling dia pasal membaca etc...Alhamdulillah, thanks Mak, I LOVE YOU...
Mangsa kejadian, tertidur menahan sakit...

Isnin...

Pagi lagi Adib bangun, malam sebelum tu sibuk suruh aku gosok baju tadika yg beli lama dulu, dek takde seluar biru, dia pulak pandai cakap nak pakai dengan seluar jeans...happy je nak pi tadika..aku tak jumpa lagi tokey Taska tu, nanti2 le....
Pelajar tanpa izin....

No comments: