Monday, December 27, 2010

Pecah pantang

Alhamdulillah, 3 hero tu dah boleh berseluar.
Untuk meraikan 'kejayaan' mereka, semalam kami bawak la 3 hero tu outing...Aktiviti pagi tu dimulakan dengan kunjungan ke Pasar Tani..beli ayam. maklum la ada yang hajat nak makan ayam pusing2..setengah ekor sorang pulak tu..hish..boleh caya ke??
Niat hati nak beli la kambing..nak buat beriani Hyderabad, cekonon..hancusss..bulu kambing pun takde..
Dah lepas breakfast, dekat jam 11 tu pergi la merewang2 dekat bandar...puas hati budak tu dapat makan piza..dalam pada bukak piza tu, masing2 dok mintak confirmation lagi ni..betul ke boleh makan ni? Dah baik ke kita ni? Piza ni ada telur tak? SOsej tu boleh makan tak....Sampai aku letih nak explain mana yang boleh mana yang tidak...
So selamat la piza tu ditelan budak bertiga,,aku dpt mkn sekeping je..hish, hish..takpe la..janji dah ditunaikan..So boleh la tick menu satu..yang lain2 kena tunaikan pulak.

Tinggal kurang dari seminggu lagi for my honeymoon to be over..lepas ni schedule hidup akan bertukar..lebih sibuk dari biasa..budak2 ni nak kena train tidur dan bangun awal, mak dia pun kena bangun awal...huhuhuhuu...kena masak pagi2 pas ni..macam bangun sahur daa....

3 comments:

Lieza said...

masak pagi2.. nak mulakan makan di pantry ker? sonok gak ade geng bawak bekal.. hihihihi

syima said...

Hmmm ni mesti kes dah boring dgn kafe ek..tp menu saya sama je la..kalau dah utk 3 hero tu alamat nasi goreng je la

namzahs said...

nasi goreng sedap apa.. hehe