Tuesday, November 23, 2010

Aku hidup dlm blues

As days passed by more challenges awaits ahead. It is how the way we react to a certain task. If we treat it as a problem, it’s a problem, if we treat it as a challenge, it’s a challenge.
But if we pray that Allah guides us in making the best decision, solution, come whatever may, Insha’Allah we’ll be able to face it.
Aku masih perlu diberi tunjuk ajar. terutama untuk perkara2 yang besar dalam hidup dan juga kerjaya. Tanpa tunjuk ajar, mungkin aku akan menjadi seorang yang kurang ajar…atau terlebih ajar pulak hingga aku pulak nak mengajar orang. Kadang kala niat yang baik disalah ertikan, menyebabkan perkara yang betul dikatakan salah.
Aku memang perlu belajar…dan masih lagi mencari2 hati emas di kalangan yang ada…
Aku titipkan nota ini sebagai peringatan untuk menghadapi hari2 depan yang lebih mendebarkan…

Wednesday, November 03, 2010

Ujian

Kadang2 Allah uji kita dengan kekayaan
Kekadang kita diuji dengan kesakitan
Kekadang kita diuji dengan masalah keluarga dan anak-anak
Tak kurang juga kita diuji dengan cabaran kerjaya
Dengan tanggungjawab yang datang, dugaan dan ujian memang berat pada masa dan ketika yang tertentu
Kepada diri dan juga teman-teman yang menghadapi ujian-ujian ini, harap bersabar. Kalau Allah nak tunjuk betul salah sesuatu perkara, bila tiba ketika yang sesuai kebenaran pasti terserlah.
Ujian ni mungkin datang untuk mematangkan kita. Tapi kadang2 bila datang ujian yang sebegini, aku memang lemah, tak cukup sabar, ada kalanya rasa nak berenti kerja, tapi itu bukan penyelesaiannya. Yang penting aku masih ada keluarga, rakan2 yang bagi support utk menghadapi masalah2 itu. Juga doa especially doa Ibu dan suami yang menjadi penguat semangatku.

Untuk kakak aku, ujian yang dihadapi memang mencabar, kukira aku mungkin tak setabah dia…
Moga dengan setiap ujian itu kita menjadi hambaNya yang lebih bersyukur dan tawadduk.
Aku perlu tulis entri ini sebagai penguat semangatku, dengan UJIAN, perlu USAHA! InsyaAllah berjaya!

Friday, October 29, 2010

Rahsia kecantikan

Sejak cuaca kat leberi ni sejuk2..kulit aku pun jadi la extra kering, jadi aku pun bukak beg dan nak pakai la lotion. Pas tu nampak pulak lotion yg lama kat tepi pc. Ambik, bukak, bau elok lagi, tapi terpikir pulak, lotion tangan ni bila aku beli ek? tak ingat la..

Jadi aku pun surf la internet, cari maklumat pasal expiry date benda ni..aku terjumpa satu artikel yang ceritakan pasal bahana pakai cream tangan expired, orang tu muka muda, tapi tangan macam orang umur 80 tahun (yang tak botox la) disebabkan lotion tu dah tercemar.. hish, banyak rupanya yang dah expired yang aku tak sedar..terus aku buang lotion tu dalam bakul sampah..
Balik rumah aku cek, banyaknya, moisturizer, cream dan yang sejenis dengannya yang aku bakul sampahkan..rugi, rugi..tapi biarlah rugi dari aku merana..

So aku nak share benda2 yang kita rasa boleh guna tapi patutnya dah dibuang, memang la kadang tengok lipstick atau eyeliner tu ada lagi sikit, boleh korek2..tapi buang aje la kalau dah lebih tempoh..nahas dibuatnya.


Beauty Supplies Expiration Dates
Anti-aging and acne treatment
Three months to a year. Antioxidants are easily oxidized, so be on the lookout for any changes in color.

Bar soap
Up to three years.

Blush/Bronzer
18 months after first use

Body lotion
Two to three years, particularly if it’s in a pump container.

Concealer
12 months after first use

Creme eye shadow
6 months after first use
Creme blush
12 months after first use

Deodorant
Up to two years.

Eye and lip pencils
Three to five years. Sharpen them before each use as a way to preserve them and keep them clean.

Facial Moisturizer
12 months after first use

Foundation
About two years. Most bottles are designed to last that long. And if you don’t use it, chances are you didn’t love it to begin with.

Hairstyling products
Three to five years. Most are alcohol-based, which helps preserve the formula.

Lipstick and lip gloss
18 months after first use
Liquid eyeliner
3 months after first use
Liquid Foundation
6 months after first use

Mascara and liquid eyeliner
Three to four months. Make sure you’re diligent about replacing these items to prevent contamination and infections.


Perfume
About two years. To get more mileage out of a perfume, resist the temptation to display a pretty bottle on your vanity. Instead, stash it away in a cool, dark place.

Shampoo, conditioner, and shower gel
About three years.

Shaving cream
About two years.
Skin care products
6 months after first use
Sunscreen
6 months after first use



Kalau pada botol produk tu ada gambar botol dibuka dan tulis 6m atau 18m atau 36m, maksudnya bahan tersebut expired dalam tempoh 6 bulan atau 18 bulan atau 36 bulan dari tarikh dibuka bungkusan..Lorrr..baru aku tau, selama ni dok beli tak pernah tanya salesgirl..betul la orang jual ni..nak poww duit je..tak terang betul2 utk org yg buta kayu pasal kecantikan ni.

lepas ni aku kena berhati2..dan beli apa yang perlu je, walaupun offer hujung tahun sangat menggoda..Masa muda belia dulu rajin jugak aku jemur kulit telur pas tu tumbuk buat scrub, amik lemak ayam sapu kat rambut, amik lidah buaya..daun jambu batu la..macam2 petua tok nenek aku amal..la ni ..memang malas...maklum la semua dah ada yang segera...huhuhhu...padan muka aku!

Wednesday, October 27, 2010

Perkara2 yang menjengkelkan!

Pagi tadi aku plan lepas isi petrol nak singgah ke atm, tapi terpaksa kensel sebab kereta depan aku sloooooowww sangat, macam pi makan angin hujung minggu..Tension jugak rasanya aku pulak punyai tahap kesabaran yang amat minima..so aku dah listkan benda2 yang boleh mendatangkan perasaan amarah...hihihi..

Ketika di bank

* orang yang nampak macam tak beratur tapi bila kita nak masuk line dia kata dia dalam barisan, padahal jarak dia dgn orang depan tu jauh..boleh 3 manusia dewasa masuk.

* orang yg beratur rapat2 dengan kita masa nak draw duit, kalau baki duit aku dalam akaun juta2 tak kisah le, ni tinggal nyawa2 ikan..dah le nak picit PIN pun takut mamat/minah belakang ni nampak.

* orang yang nak draw duit kat cash deposit machine, berulang kali la tekan, pas tu dah lamaaa…baru perasan salah mesin daa, n sengih2 kat orang belakang..

* orang yang sibuk bertalipon masa nak draw atau bank in duit, dah le masa tu nak tekan, masa tu nak cakap, sudahnya salah transaction kena buat balik..

* orang yang takde duit tapi nak jolok gak kad atm tu dengan harapan ada pari-pari masukkan fulus dalam akaun dia..AKU la orang tu!

Ketika di jalanraya

* orang yg bertalipon tengah drive, tak tau nak ke tengah ke tepi….cakap macam bisness juta2..sudahnya orang belakang bengang

* orang yang suka rapat2 kat belakang kita..brek mengejut2..aku ni takut…tension semacam, peluh menyimbah, pas tu siap bunyikan hon dan bagi lampu kat kita pulak tu..

* orang yang suka pasang radio kuat2 dalam kete dia..pas tu dum dam dum dam, nak tercabut jantung, tapi aku tgk org pakai kereta tempatan je buat gitu, pakai kete import takde lak nak melalak kete dia

* orang yang bawak slow tapi guna lane laju…wahhh ni memang angin, sudahnya panjang la kete2 lain beratur.

* orang yang tak boleh orang lain potong, asal ada je kereta lain potong dia potong balik..aku yang tengok pun ngeri..

* orang yang tak pandai bagi signal, baik nak masuk lane atau nak memotong, udahnya orang lain urut dada, kena pastikan brek makan la..kalau tidak…balai cerita..nasihat aku, simpan je lampu brek signal tu, kot2 dapat diskaun road tax sebab tak gunakan tak tau la.

* orang yang berlumba, tak kira la lumba kereta ke atau mat rempit yang lumba tengah2 malam…ni memang tension, aku dah byk kali kena, nak jemput Mr Boss jam 1-2 am, ramai je depa ni berlumba..patutnya polis letak je jala, biar depa kena..geram aku…eksen pulak tu kalau dah ramai2, lampu merah pun langgar, kalau sorang menikus pulak.

* orang yang potong queue, arghhh..tension especially Jumaat petang kat depan Megamall, aku elakkan jalan tu. guna jalan lain hari Jumaat..

* orang besar2 yg guna jalanraya masa peak hours (lunch time, orang balik keje)..Ni mmg hangin, dengan polis trafik segala..aku pernah kena marah sebab lambat berenti dgn polis trafik, padahal aku nak pastikan kete aku tu takde la kacau laluan orang…mana pergi moto “rakyat didahulukan” macam ni semua rakyat kena diketepikan untuk beri laluan kat depa ni..macam la ada org nak tembak sgt depa ni..

* orang yang tidur tengah jalan..ni orang gila la…sesak Bandar kuantan dibuatnya dek mamat ni baring kat jalan..hihihi

banyak lagi perkara yang menjengkelkan..nanti la sambung

Wednesday, October 20, 2010

Cerita hutang

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis aku pasang le Hotfm. Dengar dj dok cerita pasal cerita hutang, Ada sorang caller tu cerita yg dia tak blh tahan tgk jiran dia ada lebih, perabot ke, barang letrik ke. mesti nak beli jugak dan jugak lebih besar..Aku ingat zaman cerita Badul je ada kes macam ni, zaman la ni pun ada lagi spesis macam ni..Dia dah ada TV 29 inci, pas tu tgk jiran dia beli lagi besar…35 inci kot, dia pergi beli lagi besar!!! Jadi dia pun berhutang le..Apa raa orang macam ni..Ni le kata orang biar papa asal bergaya..

Aku tak le kata aku tak berhutang, tapi kalau jiran beli barang tak le pulak teruja nak tukar perabot yg sedia ada..Orang macam ni kena hantar pergi kaunselling ni..Ni mesti kes nak barang branded belaka, kalau pakai spender pun biar orang tau dia pakai jenama Calvin Klein dan bukannya Calvin Kelain.

Dia boleh berbangga pulak tu dengan perangai dia yang macam tu. Dalam paper disebut yang rakyat Malaysia Paling tinggi hutang domestic di Asia, hampir 77% berbanding Negara lain..dalam erti kata lain hutang kita keliling pinggang le…

Aku kena susun strategi supaya hidup ni tak terbeban sangat dengan hutang, walaupun payslip aku menunjukkan peratusan hutang lebih sangat2 dari pendapatan bersih hihihi..yang penting hutang mesti dibayar..Ada ustaz kata walaupun orang yang memberi hutang itu meredhakan hutangnya jika tidak dilangsaikan, tapi sipenghutang masih akan mencarinya di Akhirat kelak..takut jugak kan..

so customer2 aku yang tak bayar duit kuih aku tu masih kira hutang gak la kan, walaupun itu dah kira zaman pra-sejarah..Teringat pulak lagu yang mak aku selalu marah aku nyanyi..antara liriknya..`Jelaskan, segala hutang piutangmu, sebelum engkau mati, kau jelaskanlah..’ Rasanya Poe kot penyanyinya..

Kalau ada hutang yang aku tak ingat nak bayar sila tuntut ya..kalau aku mati dulu mintak dengan Mr Bos.

Tuesday, October 19, 2010

Afiq is Officially 7!



Alhamdulillah, Afiq dah 7 tahun hari ni..makin besar, sikit lagi nak lagi tinggi dari abangnya. Selera makan masih macam tu jugak, pilihannya sama ada ayam, ikan bilis, or udang celup tepung..bila la nak ubah.

He's still short tempered especially when it comes to tv programmes and games, masih lagi hisap jari dan itu la pun jadi senjata ugutan untuk lagi 2 hero tu..Asal ada orang datang je or jumpa mana2 orang, bila gaduh, rahsia tu la jadi ugutan..Berapa kali dah aku ingatkan, tak baik, itu aib orang tu..tak jalan jugak..apa lagi aku nak isi kat jari dia supaya tak dihisapnya...

Afiq is a simple person to please. Kalau dapat secawan milo and roti canai, it will definitely make his day. He was the heaviest among the 3 heros, he weighted 3.65kg at birth. Kasut aku koyak hari melahirkan dia tu..tapi it was a very fast and easy delivery..dia pun tak meragam byk masa baby, maybe sebab dia ada jari as a pacifier...

He's into artistic things, likes to draw and berangan2 jadi Ultraman and right now more into Armor Hero..aku pun tak kenal mana satu..tapi dia memang attached to my mom, celik mata cari wan, nak tidur cari wan, sampai dia kata dia anak wan hihihhi..takpe la Afiq, tak kisah le nak manja dengan sapa2 pun...

He was hoping to celebrate his birthday at school..Mana sempat aku nak buat benda2..I planned to celebrate it this weekend..tak tau jadi camana lagi..

To Afiq Adli..Happy 7th Birthday Darling...May your heart filled with love and share it with others..I love you..

Monday, October 18, 2010

Saya mesti pilih!!!! Tapi nak pilih yang mana??

Aku dalam dilemma sekarang ni..Tak tau nak pilih EPF atau pencen. Browse sana sini, tanya sana sini, pilihan rata2 adalah pencen. Tapi kalau ikut penerangan last week, pakej pencen yang diberi tu macam tak memberangsangkan, bila kepala kantor aku tanya personally lain pulak bunyinya..

Entah apa la kospirasi depa ni..bagi je la pencen..memang la staff sekarang dalam 5 ribu orang, tapi nanti bertambah jugak, sebagai majikan macam manapun awak la cari sendiri sumber nak uruskan tabungan pencen tu..tapi konsultan tu asyik2 sebut tak berbaloi utk 5 ribu staff buat klon, pas tu tak terangkan klon tu secara detail..deadline 22 hb ni..habih tu aku nak pilih apa..Aku nak le buat keputusan berdasarkan fakta…Dah le sessi penerangan tu hangat…Nak meletup masing2..kekekeke
Tapi logic jugak orang marah, Kita bayar konsultan utk beri penerangan, tapi yang diterang yang favour pada management je..kami golongan marhaen ni nak tau jugak bila mati apa faedah untuk family yang ditinggalkan. Yang ditekankan lebih kepada benefit EPF..malas nak uruskan la tu…

Tapi takpe..kalau buat niaya kat orang tanggung la akibatnya nanti…
Aku rasa 85% aku akan amik skim pencen sebab Mr Bos dah swasta, so at least kalau kami takde sapa nak tanggung lepas pencen esok ada la sikit2 utk sara hidup..Kalau tak aku kena mintak jadi jaga kat mana2 kedai emas la nampak gayanya…

Last week jugak ada kesempatan buat makan2 sikit kat opis. Alhamdulillah menjadi..sedap tak sedap lain cerita.. Try buat Nasi Khabsah, dengan ayam bakar Mandhy. Semua orang tanya mana kuahnya..jawabnya mmgtakde kuah. Elok jugak Sam buat mee sup, so yang nak berkuah tu lawan la dgn kuah sup dia..sedap mee dia..meletops…


Tuesday, October 12, 2010

hmmm..what's that smell??

aku nak cerita sikit pasal B.O. bukan baby of tapi body odour..lately aku perasan 3 hero ni asal balik sekolah or kelas agama bau busuk sungguh, lipas lalu pun boleh mati..busuknya melantung raung kata Mr. Boss. Pernah sekali tu aku jemput depa dari sekolah, aku muntah, sebab baunya…mak aiii..memang power..dah aku beli sabun dettol, tapi asal panas je bau…oh tuhan..mau je aku suruh budak2 ni makan jamu…

Tu la aku membebel kat depa, sayur tak nak makan..asyik2 makan ayam je..no wonder le bau pun macam bau badan ayam hihihi…tapi, kecik lagi kan, takkan nak suruh pakai rexona pulak hahahha..

aku teringat masa kecik2 dulu, beratur la kami adik beradik tunggu kena sental daki dengan mak aku..sampai merah2 la badan masing2..nak nangis lagi takut kena marah, dah besar sikit mak suruh sental dgn bedak rambai…start remaja je baru ada masalah bau badan ni dan cepat2 mak aku surh makan jamu…
Tapi 3 hero ni ada sekali aku sental dgn bedak rambai menjerit2 mintak tolong..dah la bilik air tu kecik..kepanasan dibuatnya…tak boleh jadi ni…aku kena cari solution utk budak2 ni..mau pengsan kalau dibiarkan….

Masa aku belajar dulu ada la sorang mamat ni..masalah B. O. jugak, Kalau dalam bus semua org tak nak duduk dekat dia..tapi yang tak tahan tu dia pulak suka duduk dekat budak pompuan..budak2 lelaki pulak dok buat cerita..depan bilik dia semut pun tak lalu sebab dia punya B. O. kesian mamat tu…kekadang B. O. ni sebabkan dari masalah dalaman jugak.. Ada la 2-3 orang nasihatkan dia..tapi dia pulak macam tak nak terima hakikatnya…aiyaaa..manyak susah la ini worang…Aku pun tak tau la apa kesudahan mamat tu….
Moral of the story, aku kena gonyoh 3 hero ni betul2 ni..hihihihi siap la korang…

Friday, October 08, 2010

Soalnya hati

Banyak perkara yang berlaku minggu-minggu kebelakangan ni yang membabitkan hati..kecik hati, terasa hati, berjauh hati, makan hati, sedih hati... pendekata semua perisa ada...tapi aku malas nak pikir banyak2 benda2 ni..
Lepas ni aku perlu pikir strategi baru untuk kerja2 yang makin banyak dan menduga akal..Aku tak nak soal hati ni mempengaruhi aku dalam kerja seharian..well at least i have to try...

On a happier note, Afiq dah masuk Quran for 2 weeks now, Adib marah sebab dia masih kategori Iqra', dia lagi marah sebab tak dapat nak jadi Imam kat sekolah agama...dia dok ejek Afiq hisap jari...biasa la..sibling rivalry..

Anniversary celebration aku pun masih tertangguh..Mana mau celebrate ha??? Payah jugak ya nak pikir benda2 ni..Nak celebrate itu hari dah clash dengan jamuan raya sana sini..Kena put on hold dulu le nampak gayanya...Apa nak buat..nasib badan daa...takpe la kalau tak celebrate pun, aku dah tak kecik hati dgn benda2 ni...asalkan date of event tu masih diingati..tu yang lebih utama..

Thursday, September 30, 2010

Suka atau tak suka

Kadang-kadang, dalam hidup kita berdepan dgn situasi suka dan tak suka. Kadang2 kita suka sesuatu atau seseorang, mungkin org atau sesuatu tu tak suka pada kita.
Boleh jadi juga kita tak suka sesuatu benda atau keadaan, tapi keadaan tu yang menyebabkan kita terpaksa suka.
Kalau kena situasi yang memang suka..sudah pasti jadi nyaman dan menyenangkan…
Dalam hidup, kita perlu sesuaikan diri dengan keadaan sekeliling, dan bukan sebaliknya. Bila sebut sesuaikan diri tu bukanlah bermakna orang tonggang arak kita kena ikut, tapi maknanya keadaan tu tak sesuai dgn kita, maka kenalah kita jauhkan diri.
Adakah kita perlu menjauhkan diri bila kita tak suka sesuatu benda atau seseorang…aku rasa tengok keadaan..just to play safe…tapi bila perlu, kenalah bersikap professional.
Suka atau tak suka, kalau dah terpaksa, gunakan akal untuk mengatasinya, bukannya rasa, sebab ikut rasa badan boleh jadi binasa.
Ini peringatan untuk aku terutamanya….

Friday, September 24, 2010

Honey, i'm home!

Mr Bos suka buat surprise bila dia nak balik, itu hari aku ingat dia sampai jam 2am, alih2 dia tepon kata dah depan megamall, masa tu aku baru sampai ofis lepas solat jumaat..kesian pulak, makanan utk org dewasa takde pulak kat rumah masa tu kena le dia makan kat kedai sementara tunggu aku balik..
Byk kali dah macam ni, ada sekali aku ingat nak masak jam 11 mlm, dia terpacul kat muka pintu jam 9pm...
Hari ni, kejap tadi aku call nak tanya menu, dia kata dia dah nak balik dah...ayo..kena le balik nak masak awal gayanya..elok gak aku call, buatnya dia balik aku kat bandar ke or pergi beraya, kena lagi makan kat kedai..kesian pulak.

Oleh itu,Lain kali jangan suka buat surprise yang melibatkan hal2 perut, silap2 haribulan, kebulur!

All's well that ends well

Syawal gathering kami dah selesai. Alhamdulillah semuanya cukup..berlebih2 pun ada..ramai jugak yang tak datang, ada yg cuti, ada yg puasa..
Kepada yang datang, terima kasih kami ucapkan, moga berjumpa lagi 2 tahun akan datang. Kepada yang tak datang, takde rezeki nak berjumpa la nampak gayanya..

Ada jugak yg kecik hati, kata kami tak jemput..bukan disengajakan, undangan dihantar ke opis, yg menyampaikan patutnya staff pejabat masing2 la..Budget terhad nak jemput semua..kami pun tak larat nak call sorang2 nak jemput masuk, apa la salahnya kalau tengok org dah ramai2 tu masuk, bukan tak biasa, padahal sebelum ni hari2 boleh datang..tetiba lak nak malu...pelik bin ajaib.

Lepas jamuan rasa nak rebeh bahu ni, Alhamdulillah jejaka2 opis ni gotong royong membasuh..memang sesuai pun, sebab kalau yg pompuan berbaju kurung nak basuh dgn tempat yg sempit tu, susah jugak..Terima kasih daun keladi 2 tahun lagi silalah basuh lagi..

Ada yg flat balik rumah semalam...Mata memang layu..aku pulak rasa ketat tang sendi kaki...rasa tahap aku berjalan sangat la slow.,

pagi ni kaum ibu yg ada cuma aku, mzm,wmz,jue. so kena habiskan saki baki barang yg dah dicuci..makcik yam dgn pantas mengemop lantai...
hari ni kafe mahallah buat open house, kami tak larat nak pergi...wakilkan kaum adam je la..nak sambung pose pun tak larat hari ni.

Seronoknya kalau dapat pergi spa lepas penat2 badan ni....

Monday, September 20, 2010

preparation for shawal gathering

20/9/2010 - Beli barang,punya la mahal barang sekarang, rasa macam nak pakai daun pisang je hihihii..
masak sirap...baunya sungguh menusuk hidung..menggegar imanku..
edar kad jemputan untuk tetamu..harapnya makanan cukup..
21/9/2010 - kemas2 opis, simpan apa yg perlu, buang apa yang tak perlu. MZM kata nak masak air..kita tgk jadi ke idak..aku kena bawak kain batik lepas dll
22/9/2010 - rebus nasi impit, rendam bihun..sebelum tidur malam tu kena urut kaki, prepare for the big day...
23/9/2010 - Hari besar...kena dtg opis pepagi...arrange apa yg patut..Bos kena meeting JKR, so kena la kami layan tetamu dulu. nanti mintak bos meeting cepat sikit, kot2 ada big shot datang..kelu lidah nak melayan.
24/9/2010 - hari kemas barang..

Friday, September 17, 2010

cerita kek raya

Hari ni hari terakhir cuti utk raya, esok kena blk kuantan dan rutin biasa mula semula. Alhamdulillah berjaya jugak balik kg untuk beraya walaupun rumah yang dikunjungi limited edition. Tak kisahlah...
Tahun ni ada beberapa kekecewaan dari segi kuih raya..Tahun ni aku tak nak buat kek sebab ingat nak raya dengan kek lapis.
Satu kek lapis aku order dgn akak aku sebab kat opis dia ada persatuan pelajar jual...BIla tgk gambar mcm besar la...dah la mahal, bila sampai mcm besar bekas pensel anak aku je...rasanya cukup menyedihkan...
Satu lagi aku order dgn org yg dah aku order tahun lepas. Satunya pos dah naik harga..dah la satu hal nak mendapatkan kek lapis aku order. Pos tak sampai2 lagi..mcm ada benda tak kena bila tanya kata dah pos, bila cek dgn posto baru sampai..tak tau mana satu nak percaya.

Bila dah dpt kat tgn aku, sampai rumah terus aku timbang sebab pelik tgk kecik sikit tahun ni...tengok2 hish...x sampai pun 900gm. Mr Bos kata kek tu kecut..betul la kecut tapi takkan dari harga untuk 1.2 kg jadi 850gm. Harga kek tu tak kecut pulak..

Aku mmg kecewa..rasanya tak seperti dulu..so 3 kali kecewa..1, sebab kata dah pos tapi tak pos, 2. sebab timbangan kurang, 3. sebab rasa tak sama.
Camana la aku tak geram dgn org melayu meniaga lagu ni...geram sangat2.
Untuk tahun depan aku dah tak nak order dah kek lapis tu..aku akan cuba buat sendiri walau sesusah manapun...

Betul la mcm cite X-files kata...Trust no one..

Tuesday, September 07, 2010

Edisi Raya

Raya kali ni lebih meriah untuk 3 hero tu. Masing2 dah nampak kefahaman sikit tentang puasa, sahur dan raya, especially Aliff. Siap nak ganti puasa yang tinggal sehari dek lelah..Lagi 2 orang tu..hmmm Adib nampaknya lebih tahan berbanding Afiq..Tapi yang pasti, nafsu marah tu tak boleh kawal sgt lagi..almaklum bila lapar…semua macam singa.

BIskut aku buat pun dah tinggal setengah balang..aliff dok tanya biskut2 lain bila nak buat..hmmm tengok la nanti bila aku ada mood sambung balik..nanti buat bebanyak tak habis..

Mulanya tak rancang nak blk kampong, tapi bila sekolah bagi cuti sampai Khamis, aku sebagai GPK HEM yg tak terlatih memutuskan anak2 aku akan diberi cuti percuma sebyk 2 hari..Jumaat dan Sabtu..ngeh3

Apa barang sekolah tu nak ganti cuti masa bebudak mood raya..Berapa kerat ajelah budak yg datang agaknya..dulu tak nak ganti awal2.. Lagipun biarlah dapat balik kampong..boleh jumpa sedara mara belah Mr Bos, yang pasti aku perlukan jurubahasa bila pergi ziarah nanti..kalau tidak macam ayam dgn itik ajelah..

Kuih raya utk Hjh Rogayah, ibu mertuaku pun dah selamat aku poskan awal2....nak up sikit markah aku, beli jiwa sebab aku menantu yang jarang dia jumpa..mana tau kot2 dapat bendang serelong dua hihihihi, kalau org salah sangka mesti ingat aku menantu hantu, materialistic, tamak haloba… kwang, kwang kwang…
Ye lah, kalau tak buat sian pulak mertuaku, orang datang ramai…kurang2 yang sikit tu boleh menambah2.

Lepas raya ni sibuk jugak, Leberi nak buat open house, dilemmanya..bujet ciput, org ramai….camana tu,? ramai pulak menanya open house leberi ni…menu apa la dll. Department lain buat open house ada kami tanya menu??

Nanti kalau orang tanya aku nak jawab menu kargo..asal boleh je la..Yang aku risau kot tak cukup makanan je..tapi ok gak sebab ofis ni sebelah kantin, agak2 kalau makan tak cukup tetamu boleh singgah kantin..tapi sebagai tuan rumah dan tuan tanah kedaung mesti nak tetamu puas hati..

Ada suara2 belakang tabir mintak aku buat spaghetti..tak tau la nak buat ke tidak..terutamanya bila kenangkan kisah tragis di sebalik menu itu..tengok lah dulu..

Aku dah mula cuti esok, byk kerja kat rumah tu..mak aku pun asyik sakit kaki je..risau pulak..
So kepada sesiapa yang tersinggah kat sini, harap maaf atas segala kesilapan dan mana yang terkasar bahasa..

Kepada MZM, mohon maaf, tempahan anda mengalami kesilapan teknikal terutamanya bahagian zip…kena tetas balik, ni dah 2 kali dah repair..jika puan tak puas hati sila isikan borang J dan hantar kepada bahagian aduan produk ya..terima kasih.

Selamat hari raya!

Wednesday, September 01, 2010

10 years and counting...

1/9/2010. It’s been ten years of my life spending partnership with my husband. To be exact, I only live together with him for 11/2 years during my study leave. The rest of the time was spent on a long distance marriage. Only the distance separates us..our hearts are bind together with love.

After 10 years, there are a lot of things yet to be discovered about my partner. We’ve had our conflicts, arguments, our ups and downs. We’ve shared our laughter and tears. I am not a perfect wife nor he is a perfect husband, but in our eyes and heart, we completed each other.

We started off as friends and later lovers and husband and wife. He makes me laugh and if anybody asked what is one special thing about your partner?, well I can’t give a definite answer because everything is special, even the flaws….

Alhamdulillah, thank you for all the love and blessings.
I hope Allah will bless our marriage and family forever….Amin..

How do I begin to tell you how lucky I am
to have you in my life?
I'll start by saying what an honor it is
for me to be your wife.

You're my best friend in the good times
and my rock in times of sorrow.
You're the reason for sweet yesterdays
and my promise for tomorrow.

I never thought I could feel this loved
until I became your wife.
You make this year and every year
the best one of my life.

Now, what would be a perfect anniversary gift???? hihihii

Monday, August 23, 2010

Que sera sera

when my superior asked if mr boss would like to try for a job at XYZ..i didn’t know how to respond.
It’s our 10th year as long distance husband and wife and somehow I feel as I’m quite adjusted to it. Sure, a wife’s place is to be near the husband but when there are some restrictions towards securing a job here… I feel like giving up at times…
I told Mr boss about it…just for the sake of telling, but I know the frustrations felt when you didn’t get what you wanted. Last time when I held my hopes very high for the job here, I was very excited….we got the connections, he’s got the qualifications..i mean what could go wrong? But the result was negative, and for the final time I cried..a lot…but once when we realized that all is in Allah’s hand, we become more realistic and positive and after that we learn that if it’s meant to be ..it will be…
For now, we’ll try to do what we can within our own capacity…These days when we asked for someone else’s help, it might not be 100% genuine, what more if the person tells other people that it is through his help and connections that he’s able to secure a certain position.

Que sera sera, what will be, will be

Thursday, August 19, 2010

The birds and the bees

Semalam waktu berbuka aliff tanya aku, ‘mak, period pain tu apa” ? Hampir tersedak makan roti jala…Ya Allah, the things kids ask these days.
Aku tarik nafas panjang, pas tu tanya dia, kat mana aliff dengar pasal ni. Dia macam takut2 je…mula la nak menangis..(biasa la, pelakon sinetron), aku pun cakap, mak tak marah, mak Cuma nak tau aliff tau dari mana benda ni.. Katanya dia dengar budak darjah 2 bercerita..huhuuhuh…cerita pasal ni kat sekolah? Aku dulu cerita pasal anak patung kertas atau sapa tak nak kawan dgn sapa je rasanya..
Aku bagitau dia..period pain tu sakit yang kekadang kena kat org perempuan masa dia datang bulan..Dia tanya pulak, datang bulan tu apa huhuhu..aku sudah silap bagi istilah la..
Datang bulan tu adalah darah haid, aliff ingat tak masa ustazah cerita pasal orang yang datang haid dan nifas tak boleh solat dan pegang quran..itula maknanya..kekadang ada org sakit perut masa tu..itulah dipanggil period pain..
Aku tak sure la dia paham tak apa yang aku cerita tu…sebab dia makan dengan selambanya ayam kukus wan dia ( huih, meleleh air liur teringat ayam!), tapi aku ingatkan dia kalau lain kali ada orang bercerita atau alif nak tahu pasal benda2 yang tak pernah dengar, tanya mak..jangan percaya semua cerita orang..kekadang banyak auta dari fakta..

Aku rasa itu semua sebahagian dari proses menunjukkan anak aku dah semakin dewasa..macam baru semalam je tengok dia macam baby..Risau jugak dengan macam2 terjadi sekarang ni..aku Cuma doa je supaya mereka terpelihara….

Itu hari tanya pasal internet, facebook dan pornografi..Agaknya apa la yang nak disoal lepas ni…ish, ish..

Wednesday, August 18, 2010

Missing you!

Today is the birthday of my late sister, Ein …I wrote about her last time..i thought I was strong as years pass by without her..but I was wrong… I cried again today..i missed her so much..even though she wasn’t a talkative person but her actions are what we are missing most.
If my mom complained that her feet hurts, she would be the one fussing over her..massaging her, making sure she had foot bath..masa tu memang kami ejek dia..nak beli jiwa mak la tu..but then it’s how she is..memang dia akan sacrifice everything for the people she loved. She always bought things for the nephews. At times I did scold her for doing everything for other people and sacrificing luxury for herself..Little did I know that she did all that because she couldn’t live long.
if she is still alive she would be the one who makes sure mom and the nephews and nieces had proper clothing for raya..Big angpow packets for the kids..she would spent lavishly for them.
She was always good to mak, one time she gossiped about the happening at the office, and mak told her that it’s not nice to talk bad about people, and after that she never mentioned/ talked about people..Memang dia anak mak yang patuh..
I will never be like her, nor will I copy her actions, but that’s how she is.
May Allah bless her soul…Al-Fatihah to Nur Asyikin binti Mustapa.

Friday, August 13, 2010

Ramadhan ini..

Dah 3 hari masuk bulan Ramadhan ni..rasa sekejap sangat masa berlalu..memang dah dekat akhir zaman..masa semakin cepat..
Tahun ni azam aliff nak puasa penuh..Harap2 berjaya la…bersungguh2 betul dia..aku pun masa kecik2 dulu darjah 4 baru puasa…itu pun tak berapa nak genap..ada je tebuk2 especially time mandi hahahah..

Afiq pulak puasa bila sampai rumah terus jerit..’haga..haga..’ dah tak dapat sebut dahaga dengan penuh hihihihi…so first day dia tumpas…2nd day ingat nak penuh, rupanya dia pi sedut pulak air milo..ish ish..yang ni nampak sgt mewarisi perangai aku huhuhuhu….

Adib puasa nasi je..susu jalan macam biasa…Makanan lain macam nugget ke mee ke tak dikira sebagai puasa so kalau makan tu kira not counted la..auta betul la budak ni…ni ikut perangai ayah dia kot ngeh, ngeh…

Menu ramadhan macam biasa je…nasi, tak kuasa nak buat kuih muih..kalau lain sikit pun maybe hujung minggu nanti…itupun tgk la rajin ke tidak…

Untuk semua Selamat Berpuasa, moga dipanjangkan umur hingga ke Ramadhan yang akan datang..Sama-sama kita rebut pahala sepanjang bulan mulia ni..