Tuesday, March 03, 2009

Sepetang di Kuala Lumpur!





Trauma! itu perkataan plg sesuai utk gambarkan perasaan aku petang tadi. Habis meeting, aku dgn bos nak pergi ke hotel, hujan punya la lebat...dah jem pun, punya lama duduk dlm kereta, sejuk pulak tu, aku dah tak tahan pulak, nak pergi toilet...Aku bagitau bos, saya tak tahan ni, kena pi toilet, dia kaget, tanya aku nak pi mana dlm jem ni, aku kata takpe, saya redah je mana2 toilet yg ada...kalau saya tak jumpa saya jalan kaki pi hotel, so aku pun turun kereta dlm jem tu, masa tu kat Jln Sentul, aku selamba je jln dgn harapan nak masuk kedai2 ke, nampak public toilet, ha...lega, tapi bila aku sampai, toilet pompuan kunci...huh, bengang! aku nampak ada toilet lelaki, tgk takde org, aku nekad redah je, tak tahan sgt...
Dah lepas hajat, aku keluar, kot2 ada kereta bos aku dlm jem tu, tak nampak pulak, ok, takpe, aku nampak Dynasty hotel, sure tak jauh dah tu dari tempat tinggal kami....
Tetiba nampak byk kereta stranded, rupanya banjir, teruk sgt, kata org2 kat situ plg teruk...hmmm aku dah cuak, camana nak pi hotel ni, aku cabut kasut, redah aje le, air paras betis,sini le trauma aku bermula, air laju, macam ada arus, aku nampak musuh aku no 1...tikus...terapung atas kotak dlm air banjir tu...menjerit2 aku, dah separuh jalan, aku dongak ke atas sebab dengar suara orang jerit2, nampak bebudak kat tingkat atas bangunan tu jerit, tak boleh lalu, jangan lalu, bahaya, aku kata saya nak pi hotel je, depa jerit lagi, jgn lalu, ada ular....waaaa!!!! trauma kedua, aku patah balik, nampak pulak tikus lain, oh Tuhan aku pejam mata je sambil jerit2...
Aku tanya pulak orang2 kat tepi jalan, bila dah yakin, aku pun redah lagi air banjir tu, menggigil sejuk dlm hujan tu, aku pegang pada pokok2 tepi jalan sambil meniti kat batu2, dlam pada aku pegang pokok tu aku trauma lagi...waaa!! tikus pulak ada kat pokok tu, nyaris aku nak terpegang!
Rasa nak nangis pun ada, tapi takut nanti tak sampai lak hotel...aku jalan lagi dan Alhamdulillah nampak le hotel, aku check in jam 7.20pm, aku call bos aku , rupanya dia masih stuck dlm jem, tak lepas nak redah air...

Budak hotel tu senyum2 je tengok aku seorang pompuan yang lenjun nak check in...aku sekeh kepala budak ni, tapi dah tak larat nak marah, sebab trauma kan...dapat bilik aku terus basuh kasut dan sental kaki...uihhh geli beb, maunya aku tak lupa pengalaman dlm banjir kali ni..

Lepas ni pi KL kena sedia but macam Phua Chu Kang!

Monday, March 02, 2009

Aku dan Sifu


Keciwa jiwa rasanya...aku tak dapat tengok konsert Sifu pujaan hatiku..tiket semua sold out..Kononnya aku nak tgk konsert 1 Mac, pas tu sambung cuti...apakan daya...
Mula2 aku dengar ura2 dia nak buat konsert, memang dah berazam nak pergi tengok..tapi macam berbelah bagi pulak, kalau aku tengok takut pulak tawar minat kat dia hihihi..pelik kan ? Tapi memang aku macam tu..bila minat kat seseorang, tetiba jumpa dan bercakap, lepas tu dah tak minat pulak...Macam dulu, aku minat sangat kat dramatis Ahmad Yatim, memang ciri2 lelaki tulen..tapi bila dah jumpa, ishk..dah kurang pulak minatnya..dulu pantang ada cerita dia keluar sure aku tercongok depan tv...
Jadi utk konsert M. Nasir ni, aku pikir 3-4 kali...macam nak pergi..dalam pada berkira2 tu, cik abang bagitau tiket semua sold out...huhuhuhuh...
Aku congak2 sekarang dia dah 52 tahun, agaknya ada lagi ke peluang aku nak tengok konsert dia ek?????

Nampak gaya aku tengok konsert dalam CD aje le....

Antara lirik yg aku suka... hati emas

Mungkinkah dikau miliki
Hati emas murni suci
Inginku menjadi sahabatmu
Hingga akhir hayat nanti

Agak2 M. Nasir nak jadi sahabat aku tak????

Tuesday, February 24, 2009

Letting go...

today is the saddest day in my career...receiving and delivering bad news is not an easy task... my boss was very professional about it, we let him handle it..but deep down inside, i feel like a failure...

Friday, February 20, 2009

Time orang, time kita

Bila time orang...

bagitau keadaan sebenar dikatakan fakta

bila time kita

bagitau keadaan sebenar dikatakan kasar

Bila time orang...

sedih je, ada orang tolong marahkan

bila time kita

sedih je, lu tanggung le sendiri!

bila time orang

silap ni, eh ikut sistem tu

bila time kita

silap ni, sistem apa yg u pakai ni?

bila time orang

ada ke budget, takpe...ada tu

bila time kita

ada ke budget,takde..dah habis dari tahun lepas lagi, mungkin utk 2-3 tahun akan datang pun takkan ada..

bila time orang...

merungut, ikut prosedur

bila time kita

merungut, ish, mengada-ngada je...

Kisah ni x ada kena mengena dgn org2 mati, hanya org2 hidup yg paham atau terasa je akan tau...kalau nak terasa dan mengadu silakan, i don't care, coz this is my blog...you can make your own conclusions and assumptions, but if you trespass my territory, i'll see you in court!

Pada sesiapa yg kenal diri ini, pohon maaf, selalunya aku sopan santun,
hari ni je rasa nak kurang ajar...tumpang lalu.......

Thursday, February 19, 2009

READ BETWEEN THE LINES!

Rasa geram hari ni, tetiba je ada berita yg sebut staff sini kena tangkap khalwat, aku heran..camana aku tak tau, security pun tak kecoh, alih2 tau berita ni dah heboh kat HQ...
Siasat sana, siasat sini, tak jugak jumpa, bila tanya Sam, baru tau cerita sebenarnya, sapalah yg pergi edit berita tu dan sebarkan kat semua maklumat yg tak betul...kot tak suka kami pun jgn le sampai gitu sekali..ataupun kalau penyebar maklumat ni nak bergurau...benda2 ni bukan boleh dibuat bergurau...kalau aku tau siapa orangnya siap le dia..!

Yg mendengar cerita pun tak siasat dulu...Aku pastekan cerita sebenar supaya org2 yg tertanya2 tau keadaannya...Bengang tahap dewa ni!

PADA SESIAPA YG BACA BERITA NI...PLEASE READ BETWEEN THE LINES, THEN YOU CAN MAKE CONCLUSION!

Sial Hari Kekasih

Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

PASANGAN kekasih (duduk) yang ditahan JAIP bersama seorang kanak-kanak dalam sebuah bilik hotel murah di Kuantan semalam.

KUANTAN – Anak kecil yang dibawa bersama untuk tidur di dalam bilik sebuah hotel murahan bukan alasan untuk pihak berkuasa mencekup sepasang kekasih dalam serbuan sempena Hari Kekasih di sini pagi semalam.

Ketika disoal siasat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pasangan tersebut kelihatan tergagap-gagap untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri yang sah dan ketika anak kecil itu sedang tidur.

“Mereka ditahan kerana tidak dapat membuktikan hubungan mereka sebagai suami isteri dan keadaan mereka juga amat mencurigakan walaupun terdapat seorang kanak-kanak bersama mereka,” kata Timbalan Pengarah JAIP, Mohd Ghazali Abd. Aziz.

Selain pasangan tersebut, seorang wanita yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di sebuah kementerian di Putrajaya turut disiasat dalam serbuan tersebut.

Pegawai kerajaan berusia 22 tahun itu ditemui bersama pasangannya berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Universiti Malaya di dalam sebuah bilik hotel murah di bandar ini.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

Wednesday, February 18, 2009

Antara impian dan realiti!

Aku dah excited ni...impian aku yang bertahun2 harapnya jadi kenyataan...
Tadi kepala kantor dtg bawa berita yg tak disangka2....Kalau tiada bantahan impian akan jadi realiti..
Memang bakal ada problem..tapi terpaksalah hadapi..kalau tidak, bukan kuli namanya..Apa dia??? hihii..rahsia paduka baginda

Monday, February 16, 2009

Weekend stories

Cerita Sabtu

Sabtu lepas kami ke GSC nak tonton Geng, aku tak bagitau bebudak tu pun yang tiket dah ada, Afiq asyik ajak tgk je, dekat jam 10pagi aku suruh depa siap2, sampai sana masing2 senyum lebar...Orang punya le ramai, nampak mak bapak excited, termasuk le aku...
It was worth watching...memang best tapi takleh review sebab ada org opis ni tak tengok lagi, nanti spoil lak mood dia..tak gitu???
Memang syok le cerita ni...lagi best dari Los & Faun.........

Cerita Ahad

Pagi tu aku start enjin kereta, ingat nak alihkan bwh porch...tetiba x mau start..suspen dah ni..mati le kena repair, dah mula panik..
rupanya bateri mati, aku dah tension, camana lak aku nak bwk bengkel ni...selalunya aku tukar bateri bila nampak tanda2 macam radio tu dah malap nombornya dll..

Nasib baik adik aku ada, kami pergi le cari bateri, kat Padang Lalang semua workshop tutup...aku dah cuak dah, kalau blh tak nak cuti Isnin ni, sebab nak simpan cuti...Last2 jumpa kedai tayar kat Cenderawasih, dia jual bateri, aku pun tanya le mekanik tu camana nak ganti bateri, dia pun cerita le lebih kurang..yg aku geram tu bila dia kata...' pasang elok2..kalau salah pasang..aku dah suspen..aku tanya dia lak kalau salah pasang camna, meletup ke..dia kata..kalau salah pasang tak hidup enjin! Rasa nak sekeh je kepala mamat tu aku dah le susah hati..

Petang tu aku pun kerjakan le bateri tu, susahnya nak bukak, dah menangis satu round baru dpt longgarkan skru..kat kedai depa pasang pakai mesin, tu pasal le skrunya ketat semacam....Lepas ni aku dah tau camana nak tukar bateri...Seronok jugak..tapi berpeluh2 le nak menukarnya tu..
Anak aku siap tepuk tangan bila dah siap hihihi...Terrer le mak! Tu yg best tu!

Thursday, February 12, 2009

Untuk Ayahanda yg jauh di mata

Ayah,

Semalam Adib pergi pertandingan mewarna, Adib dapat nombor 4, dapat hamper. Tapi masa announce nama pemenang, cikgu salah sebut, dia sebut nama kawan Adib; Abid...jadinya Abid pergi amik hadiah tu. Sampai Taska baru cikgu perasan pada kertas tu tulis Adib, makanya Adib dapat bawak balik hamper..Hooray!!!
Sampai rumah, abg Afiq tengok hamper Adib ada Mamee, terus abg Afiq ajak share, abg Afiq kata Mamee ni kita share ye Dib, byk lagi lebih tu....ada ke patut???

Takpe la, Adib share mamee dgn abg Aliff dan abg Afiq, pas tu ada biskut gak, tapi benda2 lain mak tak bagi makan, takut sakit perut...mak bagi mamee satu sorang je..Adib cari yg lain tak de pun, rupa-rupanya mak bawak opis...kasi kanak2 riang kat opis mak...Ayah jgn marah ek!!


Dalam bungkus mamee yg besar ni, mak bagi kami satu bungkus je sorang!

Cantik tak gambar adib warna ayah?

Salam Sayang,

Adib anak Ayah

Wednesday, February 11, 2009

Geram, geram geram,

Aku geram dan bengang, sampai ke opis, diberitahu meeting batal...kalau le rumah aku dan opis tu cuma 2.5km takde la sakit hati...soalnya i wasted my time and money, energy, just to attend the meeting..250km tu, pergi balik, 500km...kalau dtg dgn office transport sure bengang driver tu, baru sampai dah kena balik lak...

Gegas pulak pi Pekeliling, dpt tiket jam 2pm...sampai rumah jam 5.30pm, bengang punya pasal aku bikin roti...boleh aku hentam roti tu cukup2....
Gerammnya!!!!

Roti yg terhasil daripada perasaan geram aku!



Note: Dah upload gambar makanan yg menggiurkan utk tatapan Pn Mona hihihi!

Monday, February 09, 2009

Weekend project n Monday blues

Cerita Sabtu

Jam 10, aku dah tunggu kat kelas, cikgu dok pasang power point, ntah apa tak kena tak nak project lak kat dinding, lama la digodek2..jam 11 baru blh mula, kami berlima, ada sorang tu, dah layak panggil makcik, tp sebab semua org panggil kakak aku pun ikut gak le hihii, dia tak kisah, tp segan lak aku nak panggil makcik..so hari tu kena siapkan 3 projek, bekas tisu, alas dulang dan sapu tangan...Kira macam marathon dah ni bukan kursus, sakit pinggang aku seharian berdiri...last2 tinggal alas dulang sikit lagi nak siap, aku nak blk gak sebab dah maghrib...cikgu aku kata takpe dia siapkan..ada lak cikgu siap kerja anak murid hehehehh, bekas tisu aku suka sgt sebab kombinasi warna terserlah...saputangan aku mesti yg tercorot sebabnya senget! Takpe la, janji cuba, tak cuba tak tau kan...nanti blk aku upload gambar...



Sapu tgn yg senget, harus dipotong markah


Cerita Ahad

Harijadi mak yg ke 64...8 Feb...Mulanya plan nak bwk mak pi dinner, tp mlm tu pulak mak ada kelas...so tukar plan jadi birthday lunch..Jam 11 hantar Aliff pi kelas, kami ronda2 sementara dia habis kelas jam 1, pi amik gambar Adib utk sekolah dia la..lawak la nak amik foto dia tu, kembang kempis hidung! The lunch went well, bebudak tu lebih excited dari Wan depa...Mak pun nampak happy je, harapnya Mak panjang umur dan beroleh kesihatan yg baik..

B'day girl and kids

Aliff pulak lebih excited dari Wan dia!

HAbis lunch aku suruh bebudak tu ikut Wan depa, aku lak pi Kemaman, apa lagi borong keropok En Hasan Al-Banna, hihhihi punya seronok borak dgn gadis pengentel keropok tak sedar tak cukup RM5...hihihi penangan senyumannya la tu..balik nak masuk peti baru sedar...Aku pun tepon tokey kedai... dia bilang nanti aku pergi lagi dia reimburse keropok tu hihiihih..Hidup Hasan Al-Banna!!!.

Menu mlm tu, mak kena relax sebab dia b'day girl, aku masak ayam bakar, salmon with lemon & butter sauce dan baby potatoes.





Cerita Isnin

Bas aku jam 10am, malas nak mintak Mona book transport, byk cekadak transport unit tu...selagi aku blh usahakan sendiri aku naik le bas, esok ada meeting kat Gombak..memandangkan Selangor/KL cuti Thaipusam, byk tiket habis, tadi pun penuh bas...Sampai KL rasa ketar2..sebabnya kebulur..aku makan nasi tak pandang kiri kanan dah...tak pernah rasanya mkn macam gitu sekali...macam pelarian gamaknya..esok tgk le meeting habih jam berapa, kena cari tiket bas lak lepas tu...jgn dibuat ada lak meeting hari Rabu sudah, naya aku macam dulu dtg sehari tetiba kena extend sehari lagi, baju takde ni...nak kena beli baju baru jawabnya kalau jadi gitu..Cewah!!!.

Friday, February 06, 2009

Feelings..nothing more than feelings

aku rasa frust, 2-3 hari ni mood kureng umph sikit....

have i failed as an administrator? hmmm...i think we've done our best to rectify problems...it's up to the individual..aku ni give up too easily ke?? Sedih pun sedih..

Pedulikan aje entri merapu aku ni...bila emosi aku baik, aku tulis le molek2...

Oh ye, sebab aku stress, ptg semlm aku buat puding/bingka roti, habih roti butterscotch expired tu jadi mangsa...dan dah selamat masuk perut org2 kat opis ni, tapi sebab dibuat dgn kasih sayang ..InsyaAllah tak sakit perut le kot..



Esok aku ada kelas...lusa nak pi Kemaman pulak beli keropok lagi, tak sia2 promote keropok hassan ni, ada lak org kirim...

Wednesday, January 28, 2009

Fish and its produce

Isnin baru ni kami pergi le Kemaman, lepas zohor bertolak, aku isi gak baju bebudak tu dlm beg standby kot2 basah ke kotor ke, depa dok bukak tutup beg tu, sambil tu asyik tanya je, kita ni nak pi rumah hotel ke? Bila kata tak, di tanya pulak dah tu ngapa ada baju2 dlm beg ni, macam nak tidur rumah hotel je hihihi....nanti le nak oii, tunggu cuti sekolah..
Sampai kat Kuala Kemaman singgah le mkn kat kedai sata, otak2, pais dll. punya le ramai manusia, yg menunggu pun ramai, rata2 plet kereta KL, JB, Selangor..Kami duduk dulu, sementara tunggu mak sampai...

Dah order makan tu lama lak nak menunggunya, ok lagi...bila dah sampai, ada pulak nak menambah air, x muncul2 air tu sampai sudah, 2 kali aku order...jawabnya minum air bekal aje le...Moralnya, lain kali kalau pi kedai ni, kena order air byk2 masa kali pertama, sebab order seterusnya hampir pasti makanan/minuman tak sampai....aku kecewa le, saiz otak2 tu, bukan takat mini, setengah dari mini, aku tau le ikan mahal, tapi ish, kalau takat besar 2 kelingking aku ni...mmg buat celah gigi aje le...
Mak pulak tak mkn sebab byk sisik dan tulang, dah terlekat pulak...
Otak2 mini dari saiz mini Pais bersisik

Dah sudah tu, kami pergi le beli keropok kedai lain, kedai yg aku mkn ni keropok byk sagu tak sedap...
Kami singgah kat Kedai Keropok Hassan, kat chendor, dekat dgn stesen minyak Shell...Boleh tahan keropok ni, tulang pun tak byk, oleh itu tuan puan dijemput utk membeli belah di kedai keropok hasan, siap ada e-mail lagi...asan_albanna@yahoo.com. Iklan ni tak berbayar dan aku takde kena mengena dgn Encik Hasan Albanna itu...
Keropok Hasan Al-Banna

Balik tu, kami beli lak ikan, ketam kat Balok, cik abang nak mkn Chili Crab, aku x pernah mkn dan x pernah masak ketam cili ni, mlm tu surf segala resepi yg ada chili crab, x tau le jadi ke tidak, sebab takde comparison kan...nanti kena pi mkn kat kedai baru tau sama tak sama..
Semalam dgn jayanya aku masak ketam tu, tapi afiq pulak request nak makan gulai lemak ketam, kena bagi 2 le pulak...ayah nak menu lain, anak nak menu lain, hari2 macam ni, chef gantung kuali daaa...
Chili Crab bertelur

Mak pulak, sebab frust dgn pais yg bersisik tu, terus buat pais sendiri..hohohoho, meriah le meja semlm..ada pulak pulut tanak, nasi impit, aku rasa macam raya pulak...kan aku dah kata, tak boleh resist makanan???

Monday, January 26, 2009

Eat, drink and be merry!

Penat weh hari ni, bangun pagi ni aku rasa penat nak masak, teringat pulak janji bwk bebudak ni pi makan roti canai tak tertunai, so sementelah ayahandanya ada, terus ajak breakfast kat luar. Habis tu pi pasar pulak, beli sayur sikit, ada org nak tumpang tidur kat rumah...Huihh, penuh sesak pasar, masa ni le baru aku nampak nyonya cina yg tua keluar, selalu kalau pi pasar tak nampak pulak seramai ni, mesti nak prepare utk makan besar ni... Tu le, asal anak menantu blk je mesti mak-mak jugak yg nak bikin macam2 masakan, nak puaskan hati semua seboleh-bolehnya. Yang Melayu lak penuhkan pasar utk tambah stok kat peti ais memasing sebab lepas raya cina ni sure brg2 mahal..Tambah lagi cuti pjg, yg nak kenduri pun blh tahan gak ramai..
Kat rumah aku, dah dpt 3 bekas asyura...kali ni dpt yg sedap...hish, tak berenti mkn le jawabnya...Sessi makan oat aku nampak gaya kena teruskan hingga lepas raya cina, rasa selesa sikit perut aku, mulanya konon nak cabaran oat 30 hari, cewah! cekonon kesian jantung aku, mula2 rasa mcm lapar je, tapi alhamdulillah, sekarang dah ok, so now aku dah bgtau budak2 opis ni jgn ajak aku breakfast.....aku minum oat + madu, heheheh, tak tau le tahan selama mana, yg penting cuba....Misi seterusnya nak hadkan minum air manis segelas je sehari, kesian lak buah pinggang dan jantung aku, aku kena lebih semangat ni...kalau ada fitness coach ni blh la train aku, hihihii..

Tapi kan, kuat betul dugaannya, aku pulak jenis yg paaaayaaah menolak ajakan yg melibatkan makan hihihi...Kalau happy makan, sedih makan, boring makan..Tak makan habis nasi, takut nangis pulak nasi tu,pendekata everything revolves around food...habih camno?????
Esok pulak plan nak ke Kemaman, makan sata, keropok, pais ikan dll...makan lagi le jawabnya...Alahai.........

Friday, January 23, 2009

Perihal tudung


Aku rasa hari ni macam bodoh, bermula dgn rupa tudung yg lembik dan tak bermaya menyebabkan aku rasa kurang confident la....malu pulak berjumpa org hari ni...macam serba tak kena je...ye tuan puan, pemakaian tudung yg elok dan terletak memang membantu keyakinan wanita ok....
aku rasa setiap pompuan mesti ada hari yg dirasakan tudung tak menjadi, well for me today is one of the days..so jadi bad hijab day le kan, macam org tak bertudung depa alami bad hair day, nak tukar tudung lain dah tak sempat , kena gosok pulak, lain kali kena bwk tudung spare sebab kat opis dah ada seterika boys and girls hihhi, aku ingat bwk 2-3 helai supaya kalau kes hujan ke, kopi tumpah kat tudung ke boleh le ada sparenya...

Atau maybe aku patut pakai tudung ekin ke, ariani ke, mahal tu, hari tu aku beli satu tudung, kena gelak pulak dgn org rumah, kata mcm rupa indon pulak huishh...
tapi betul gak asalnya org indon yg pakai tudung segera kan, tapi bagus apa, senang, capai dan sarung, cuma aku ni mmg tak pandai nak bertudung dgn cara yg glamour, sesetengan org boleh pakai lilit2 je, tak yah guna pin segala, aku pulak memang tak ssesuai..
Lagi satu kalau pakai tudung hitam, aku antara yg tak sesuai bertudung hitam, nampak macam org sakit je...ada sekali tu aku pakai tudung hitam dan baju hitam, member aku kata aku nak pergi bersilat!
** Oleh itu fahamilah tuan-tuan mengapa buah hati, tunang, isteri, ibu tuan-tuan memerlukan tudung dlm beberapa warna yg berbeza, kena sesuai tau, nanti tak matching pulak, dan juga kenapa warna pink yg ada tu kadangkala tak sesuai, tona warna juga penting ok....
Kesimpulannya aku mmg tak sesuai tudung yg berpesen2 ni, yg sesuai adalah tudung segitiga biasa je..

Bila cerita bab tudung ni teringat lak aku masa mula2 bertudung, masa tu aku dok hostel, sorok2 dari mak, member tlg buatkan, aku pulak mmg tak pernah bertudung. Form 4 baru start pakai baju kurung, selama ni pakai gaun je, aku pun dah byk kali kena kutuk & sindir oleh ustaz2 dan bebudak lelaki pasal tak bertudung ni...
Bila form 5 tu, member jahitkan tudung utk aku, excited sgt, bila blk rumah pun sorok2, tapi akhirnya bagitau mak jugak sebab takut dia marah..dia cool je rupanya, cuma dia kata sekali pakai jgn buka2 dah..

So aku mula dgn pakai scarf dulu, dan upgrade sikit pakai tudung 3 segi, mmg le masa dulu zaman jahiliah, pada aku tudng cuma tudung, tak terpikir lak aku pakai tudung, pakai baju lengan pendek selamba je, masa kat ITM dulu ada pulak aku siang pakai tudung, bila dtg kelas petang pakai scarf je hihihi, memang betul2 jahil tukil...
Slowly aku mula paham konsep sebenar bertudung dan aurat, and i'm glad with what i'm wearing now...Jadi kalau org kata pakai tudung macam Bienda ke Heliza ke aku tak heran, sebab aku dah pakai dulu dari depa hihihihi...
Cuma aku harap dan doa semoga tudung yg aku pakai akan berjaya 'menghijab' (ada ke perkataan ni?)perangai2 aku yg tak elok supaya jadi lebih elok...dan istiqamah dgn pemakaiannya..

Thursday, January 22, 2009

Tandanya...tanda tanya????

Kisah 1. Pelik tapi benar
Aku tgh pelik bin ajaib, camana pulak benda yg tak pernah jadi gossip tetiba jadi gossip….dan menimbulkan tanda tanya di kalangan org2 tertentu…
Kalau discuss tempat lain, tetiba timbul cerita lain, dan tetiba timbul spekulasi lain…ish..ishh..pelik, ada hantu raya ke kat office ni?

Kisah 2. Benar atau tidak?
Ada satu kejadian, cerita punya la syok, dan mendapat approval, tetiba je dgr cerita lain; cerita yg mendapat approval tu tetiba jadi disapprove….padahal ramai dah saksi masa cerita tu dapat approval..
Dan cerita yg disapprove tu masih lagi pending…tunggu la pulak proposal baru…

Kisah 3. Sudah terang lagi bersuluh
Ada satu kes, hadiah yg diberi menimbulkan tanda tanya dikalangan penerima hadiah. Adakah sumber hadiah itu sahih, atau ada kroni2 tertentu terlibat? Musykil gak ni…camana pemberi hadiah blh beri hadiah macam tu…mesti masyukkk tu…aku kena tunggu dan lihat langkah seterusnya…

Pada yg paham cerita ni, terima kasih...pada yg tak paham...buat2 paham je la..
Tgh sakit hati ni...

Monday, January 19, 2009

Entri campur- campur

Jumaat - lunch hour, pi beli hadiah kawin AFM, dlm dok belek2 tu model yg dipilih takde stok, tukar lak model lain, takde tray dan redai pulak, sales girl tu pun cari kat model2 lain, tapi tak sama saiz, aku rasa macam nak berapi dah, dah le takde tempat duduk, tukar lak model lain, warranty card pulak takde, punggah lak stok yg lain, mujur jugak adik2 parkson tu peramah, kalau tidak aku nak blah je..akak dah hangin satu badan..
Baru le depa discover yg byk barang dah missing, takde penutup, takde punat, fius hilang hihihihi, aku kata kan ada cctv, depa jawab ' ada kak, tp takleh pusing, lagipun terhalang dek tiang besau...kesian le, pening nak soaljawab inventory nanti tu...
Time nak bayar pun satu hal, mona sampai biru mukanya dok tunggu budak tu godek2 mesin ntah apahal docket tak masuk la, apa la, patutnya offer le kwn tu free mineral water, lama tau dia tunggu, sian mona...pi pulak bungkus hadiah AFM ni, nasib baik gadis ni sedia membantu, tapi berat la brg2 tu, rasanya kalau ada org yg akan bernikah lepas ni baik belikan voucher je, suka hati dia le nak beli apa...kita tak yah tunggu lama kat kaunter pembayaran.

Hish, lama ni tunggu nak bayor, harus bergambar!

Dah siap balut kak, jgn marah aaa...sama pink dgn baju akak tu!

Sabtu - sedihnya plan nak outing with family tergendala, ada hal x dpt dielakkan. Lagipun bebudak tu sekolah ganti sebab nak cuti tahun baru cina. Tetiba lak rasa nak buat yong tau foo sup, so pergi le pasar beli ramuan segala, mak pulak buat mee sendiri,
aku ni terkial2 lak pikir camana apek kat kedai tu sumbat ikan tu kat lada ni...hehehe, macam2 rupa jadinya, tapi takpe, there'a always the first time..

Homemade noodle + yong tau foo..lebih mengancam kalau ada warna merah!

Chinese style soup, selalu tgk AFC depa tambah bilis n soya

Mee bonda - tanpa MSG

YTF - boleh lawan Ampang YTF ke?

My verdict, lagi sedap pes ikan tu kalau dicampur ikan selayang ke, lolong ke, mesti lagi manis...and sup tu, ditambah kacang soya, ikut resepi cina, ok le, rasanya best..tapi yg tak bestnya tanganku dah macam jadi jem lepas aktiviti tu, genggam tak boleh, kering sgt, so plan nak buat kek on Sunday tergendala...

BTW, utk perhatian En Botax, mulai semalam, adib dah tak pakai diaper bila kat rumah, dan jugak marah kalau dipakaikan masa keluar, buang air besar pun dah beres kat toilet, jimat le $$$$$$, tapi dia nak jam Ben10, boleh ke kita belikan uk dia as a present for being diaper free?

Monday, January 12, 2009

Aktiviti sepanjang minggu pertama persekolahan

Let the pictures speak for themselves!


Adib solat at daycare

Posing sebelum pergi Munawar - 1st day


Tak sabar turun tangga nak blk dulu!
Afiq & Adib getting ready to school


Blueberry roll pecah perut!
Chicken Mushroom pie
Sosej roll terlebih gebu

Adib kata best la mak!

Yg ni sibuk main frame yg diangkut dari rumah Beserah, gambar dah gantung depa dok posing, sambil baca berita, konon masuk TV la tu!

Friday, January 09, 2009

Rush hour

Dah seronok cuti lama macam ni malas pulak nak kerja semula, tapi nak buat camana, kalau x kerja, nanti mkn gaji buta lak...penat mmg penat tp rasanya berbaloi especially bila bebudak ni senyum tgk mak ayah ada kat rumah..

Awal pagi tadi hantar mak ke HTAA, angah punya surgery jam 8 pg, parking kat spital ni mmg le payah. Petang tadi dah pergi tgk angah, kesan ubat tu masih kuat agaknya, dia mamai lagi..kesian lak mak tidur kat hospital hari ni, tp kalau aku pi sana, bebudak ni pulak susah..afiq and aliff macam biasa la, mogok bila dpt tau wan depa tak blk rumah, sapa nak tidur dgn aliff?? Siap plan nak tidur hospital lak besok..Maybe 2-3 hari lagi kena stay sebelum boleh discharge, ngeri pulak tgk keadaan patient kat sana, sebelah katil angah tu, anaknya meninggal dlm perut dah seminggu, 8 bulan dah, dan dah mula reput babynya, kesiannya..ada pulak tu kena admit sebab mak dan baby dua2 kena diabetes...dugaan masing2..

Bebudak ni keletihan tapi nak lawan mata gak tgk i-robot...best gak layan cerita ni. The kids are enjoying their time with their father tremendously..especially Adib, mesti susah bila ayahanda balik Ahad ni, ada yg meraung kat stesen bas nanti...Aku la yg kena settle lepas ni...

Wednesday, January 07, 2009

Baby you can drive my car!

Hehehehe, tajuk posting ni bukan bermakna aku dah dapat kete baru...oh tidak...
cuma aku ditugaskan mengambil kete baru adik aku je, iaitu cik viva la vida yg berwarna putih, clutchnya tinggi so adik aku tukar le dgn kancil mak, memandangkan mak bwk kete angah sebab angah masuk spital, maka dgn sukarela aku membelasah kete baru dgn jayanya, gambar2 semua takleh load, lepas cuti baru upload...

Hari ni sibuk jugak, rasanya cuti lagi sibuk dari hari bekerja, terkejar2 sana sini...
5.50am - bangun, mandi,solat
6.10am - siapkan sarapan & bekal ALiff
6.15am - Kejutkan Aliff,utk ke sekolah,
6.30am- Aliff sarapan
6.45am - hantar aliff ke tmpt tunggu bas
6.50am - kejutkan afiq dan adib
7.10am - minum pagi budak berdua, tunggu berak, kencing, hantar tadika dan taska
8.00am - 11.30 blk, minum, basuh, jemur baju, siapkan utk lunch pulak, sambil tu kemas mana yg sempat,
11.30am- amik afiq kat tadika, bg makan,rehat
2.30 - aliff blk sekolah, mkn solat
3.00pm - hantar ke Fardhu ain
5.00pm - blk dari munawar
5.30pm - amik adib lak, angkat kain, masak pulak utk dinner,kerah bebudak tu mandi, solat,etc.
8.30pm - bebudak tu dinner,
9.00pm - ada lak request nak mkn sosej, masak pulak, almaklum ni restoran 24jam utk family, lain org punya request tak layan aaaa,
9.30pm - kerah bebudak tidur...
Mlm ni aku dpt layan internet, sambil update blog, dah penat daaaa...rasanya kalau dpt robot best gak ni...
So hari ni mmg kerjanya turun naik KERETA, itu pasal la posting ni tajuknya 'baby you can drive my car'.
Besok maybe aku busy gak memandangkan angah dah di spital..
Penat aaaa, nak kena pergi SPA Q macam ni...

Monday, January 05, 2009

First day of school

Hari ni mmg full of activities, pagi hantar Aliff, blk rumah, hantar Afiq dan Adib, luckily today no drama or tantrum to go to school. Alhamdulillah tak hujan, suspen gak kalau first day hujan, dah le kat sekolah Aliff tu jem teruk. Masing2 senyum lebar nak ke sekolah., seronok nak jumpa kawan2.
Cuma ptg tadi je, Afiq macam nak mengamuk sebab nak hantar sekolah fardhu ain, rasanya dia takut, sebab dia dok pesan kat aku, mak jgn balik ye, Afiq tak tau baca.
Aliff pun pujuk adiknya dgn macam2 reason le, almaklum member ni dah otai kat sekolah ni!
Masa daftar Afiq tadi aku mintak supaya budak berdua ni masuk sekelas, cuma utk hari ni, so esok dia masuk kelas yg sesuai utk umur dia le.
Adib pulak dah masuk daycare kat Taska dia, dah tak layak duduk sekali dgn baby and toddler, walaupun belum 4 tahun tp sebab cikgu dia kata nampaknya boleh berdikari maka budak ni masuk kelas advance le, cewah, masa nak amik dia tadi dok solat ramai2, kelakar lak tgk Adib solat pakai seluar pendek, tp ok gak, cikgu dia nak biasakan, esok2 senang, dah faham konsep solat...
Hari ni masing2 tidur awal sebab kepenatan ke sekolah. Bagus jugak kalau hari2 macam ni, aku pun blh tidur awal!
Esok aliff kena naik bas ke sekolah, dah jumpa tokey bus tu tadi...hopefully esok dpt le bgn awal budak ni....

Friday, January 02, 2009

New beginnings

Kononnya hari ni nak pergi kerja awal le, konon tahun baru kan...nak rekod kedatangan tip top le, tetiba takleh lalu, jln naik air, jadinya terkepung..Hujan lebat dari mlm semalam lagi, kata org kalau hujan mlm jumaat, melarat le jawabnya, tak tau le betul ke tak, ada pulak kata selagi belum Tahun baru Cina hujan mesti lebat tunggu sampai naga turun hihihi...apa kena mengena naga dgn hujan yek..sebabnya mulut naga kan keluar api, kalau kena hujan tak berapi le mulut naga kan???

Afiq serius bila bergunting!

Cuti new year tu aku pi bwk 3 hero ni bergunting, mulanya nak tunggu ayahanda dia bwk pi barber, tp memikirkan mesti sesak kedai gunting weekend ni, baik aku settlekan awal2..Mulanya aliff n afiq je yg botak, tetiba adib nak jugak botak, ok le, aku x kisah...jimat duit syampu! Jadinya sekarang ada 4 hero botak including ayahandanya...
Muka2 happy dpt makan piza

Dah sudah tu pi le pulak makan piza, huih, sampai ke dagu bebudak tu mkn...Afiq kata nanti ayah balik nak makan piza lagi..Ada budget ke boss??


Sempat lagi posing sambil tulis nama tu!

Beg & kasut idaman Aliff

Aliff pun dah sibuk dgn persiapan sekolah dia,tahun ni dapat kasut bertali, berapa kali pakai dan cabut dah..pening dibuatnya..
buku2 dah tulis nama tapi tulisan mak aiii, besornya, mmg confirm tak yah pakai kanta pembesar..hari tu aku komplen dia tulis kecik sgt, dia pi tulis besar2 la ni...kena training lagi budak ni nampaknya..Masa aku sekolah dulu kami semua kena paksa menulis style 'Marion Richardson', ntah sapa le dia ni...aku tau marion yg berlakon dlm cerita 'Happy days' je....nak google nama dia ni..Tapi hasilnya tulisan kami semua teratur, cikgu pun senang baca, bila masuk sekolah menengah cikgu2 boleh agak dah budak ni dario sekolah MGPS...tulisan budak sekarang hish...nak baca pun susah, apatah lagi dgn istilah2 canggih yg mmg aku tak paham...
Eh melalut pulak ni, dari cerita hujan sampai ke tulisan...ok, will stop for now, nanti aku kena amik gambor bebudak tu on their first day at school..

UPDATE...

Dah google nama Marion Richardson, she was a British artist, educator and author who published workbooks on penmanship and handwriting (taken from Wikipedia)
And i found a book that has the same name as my blog, ok le dia reverse sikit titlenya...tapi bolehla kan...it makes me happy! I mean how cool is that???

Wednesday, December 31, 2008

Lama berganti baru

Hari ni hari terakhir dalam kalendar roman, hari yg ke 365 dlm tahun 2008,
kalau ikut kalendar Hijrah, hari yg ke-3...byk yg aku dah buat dan dapat utk tahun 2008 tapi masih byk lagi yg tak terbuat dan tak tercapai..hopefully utk tahun depan aku lebih bagus dari tahun ni..sebagai hamba Allah, isteri, anak, ibu, pekerja, supervisor dan sahabat.
Byk gak aktiviti yg kena buat esok, tapi mlm ni dok rumah je, memandangkan jalan akan penuh sesak dgn mat rempit yg menyambut Tahun baru..alahai bangsaku..
Jumaat 2hb, kerja macam biasa..
Next week pulak akan bercuti panjang utk uruskan persekolahan bebudak tu...Selamat bercuti pada semua! See you next year!

Tuesday, December 30, 2008

My weekend





Hajat hati nak buat posting kat rumah, sempena cuti panjang.. unfortunately with my niece and nephews at home, it was a total wreck, rumah tu mau dah bergerak 2-3 inci rasanya. Bulan ni saja dah berapa kali beli beras!, sekali beli roti 2 buku besar..bebudak ni dok rumah kejap2 lapor...konon nak buat le cookies bawak ke office, tak de baki pun, yg tinggal serdak kuih, takpe le yg ptg tak membazir...

Anak2 aku pun biasa le time dah sepupunya semua ada, tidur masing2 pun lambat...kena lak geng yg jenis tidur jam 12tghmlm ke atas, tak tidur siang pulak tu...terjerit2 le kami ni..i think my neighbour mesti pakai earplug

Anak buah yg dok KL pun blk, macam2 plan yg dibuatnya, buat BBQ, gingerbread cookies la, pi cari CD, nak makan keropok lekor, byk sungguh projeknya..

Kami dah dpt tenant baru utk rumah kami, yg ni tak complain le rumah kecik ke tepi hutan ke, kalau tak de komplen lega sikit..katanya nak masuk bulan 1, so kena le keluarkan brg2 yg ada, berangkut le pulak semlm, masa nak balik tu nampak lipan besar pembaris kat siling porch..ish, ngeri, ni lipan tanah ni, saiznya punya nala..kena gigit harus jadi almarhum..

Dah try 2-3 kali nak tepek gambaq aktiviti,lipan XXl tu tak boleh lak, nanti try semula...ishh. dah tepek ni takleh edit lak, sakit la!

Tuesday, December 23, 2008

My new toys



Nak cerita sikit pasal my new toys, biar Mona muntah darah...heheheh...kalau lama lagi kat kedai Bake with Yen tu byk lagi nak borong, tapi memandangkan kena stick to the itinerary tak le over berbelanja, lagipun balik naik bas, kalau naik kereta harus kuborong whip cream dan cream cheese yg mmg murahhh gila kalau dibandingkan dgn Kuantan.....

Ha..utk pengetahuan Cik Mona, Yg belakang biskut bersusun tu namanya lady fingers...bukan kacang bendi tu ye...ini biskut itali la...tapi rasa dia sebijik macam bahulu!
kita boleh bikin tiramisu, tapi sebab mascaporne cheese kat Kuantan mahal sgt, RM37 satu tub kecik, maka aku modify guna cream cheese...Jadi akak aku modify namanya jadi Tira ---Miss U!

Brownie/cookie cutter yg dikirim dah jumpa. Nampak pulak egg tart mould tu, murah, nak beli kecik, Za cadangkan beli yg sedang senang sikit katanya, hmm betuii gak, almaklum tgn lebar, nanti herot lak loyang kecik aku kerjakan...
Wire whisk, kali ni beli saiz nala....bior gebu apa yg patut dipukul tu...wire rack utk letakkan biskut dan roti2 yg bakal dibikin pun aku beli...Tak ketinggalan juga cookie cutter, semuanya gambar bear...cun woo...nanti nak bawak office, kalau rajin decorate dgn icing...bior juling mata Mona...For my mom, icing syringe, tapi made in china le, tak sama macam yg dulu tu, tahan lama...hak tu made in England...
Jumpa pulak green tea powder, coconut flakes, kacang pecan yg murah....boleh le bikin roti dan kek yg lebih mengancam!

Puas hati rasanya kat situ biarpun cuma 45 minit je..lain kali kalau pi dgn kereta nak bwk bekas coleman siap2, boleh beli dairy products pulak...Malam tadi aku tgk brg2 tu, sambil berkira2 nak buat apa ek weekend ni????

Jangan maraaaa ek Mona!!!!!!

Monday, December 22, 2008

Mission accomplished!



Christmas decorations di Sogo, meriah...!


Letih tapi puas, hajat di hati hampir 90% tercapai...

Saturday, December 20, 2008

Kenangan di Kuala Lumpur


kami tiba di kol jam 11.30am, dok bercerita dgn Za dlm bas, tak sedar dah 250 km berlalu. Lieza dah lama dibuai mimpi. Yg tak bestnya ada geng yg tak dpt join...kisah sedih...mungkin elok dia cerita sendiri. Tapi alhamdulillah hajat hatinya dipenuhi.
sampai lorong hj taib, adala awek awek tiruan yg boleh menggugat keimanan seorang lelaki yg berniat serong, nak gak amik gambar tepek kat sini awek tiruan muka gebu itu, tapi takut tak pasal2 kena pelangkung!
Destinasi seterusnya Mid Valley, jiwa aku tak sesuai shopping di sini, byk design utk remaja je....pening le dah ramai sgt org ni....pakaian masing2 pun daring! i guess i am a kampung girl indeed.
Dah sudah tu kami ke Noble hotel, solat dan teruskan aktiviti yg terancang. Sakit hati awalnya, mintak family room, mamat reception tu kata overbooked, tinggi la jugak suara akak ni kat situ..tak yah le promote online booking kalau tetiba nama takde..hampeh beb!
Petang tu meronda di pasar minggu jalan TAR sambil menyinggah di Semua House, aku tak habis tawaf lagi, esok bakal menjenguk dan mengkayakan tokey2 semua house.
Oh ya, Habib Jewel kat situ melambai2....patut ke tak patut aku masuk???? kena buat kira2 ni...takut ada lak yg kena pose sampai bulan 2! Kami ke Nagoya pulak, watie dan nurul join sekali, lepas maghrib, ke Sogo, bebudak ni tak dpt hajat hati memasing lagi..
Esok full swing shopping....Mlm ni kena urut kaki ni,kalau ada kerusi Ogawa best wooo!

Friday, December 19, 2008

Paint the town red!




Esok InsyaAllah, kaum hawa office kami ni nak pi ke KL to paint the town red!..Ni le planning yg dah terancang sekian lama, pendek kata dari kami berstatus single hingga la ni beranak pinak...tak jadi2..Tapi frust juga ada gak yg x dapat join sebab ada komitmen lain, tapi takpe kalau ada rezeki tahun depan kita pergi lagi...
Harap semuanya berjalan lancar....
KL...here we come!!!

Thursday, December 18, 2008

Is this the beginning of an end?

I guess maybe i should try and give blogging one more shot...tapi updates tu requires effort...istiqamah utk menulis...so i've decided to write on any topic...the previous posts ada yg terpaksa di delete atas tujuan keselamatan...huhuhhu nanti kena ISA beb!

Hopefully i will have the will to write beribu ribu perkataan macam pen kilometrico tu....