Baru le depa discover yg byk barang dah missing, takde penutup, takde punat, fius hilang hihihihi, aku kata kan ada cctv, depa jawab ' ada kak, tp takleh pusing, lagipun terhalang dek tiang besau...kesian le, pening nak soaljawab inventory nanti tu...
Time nak bayar pun satu hal, mona sampai biru mukanya dok tunggu budak tu godek2 mesin ntah apahal docket tak masuk la, apa la, patutnya offer le kwn tu free mineral water, lama tau dia tunggu, sian mona...pi pulak bungkus hadiah AFM ni, nasib baik gadis ni sedia membantu, tapi berat la brg2 tu, rasanya kalau ada org yg akan bernikah lepas ni baik belikan voucher je, suka hati dia le nak beli apa...kita tak yah tunggu lama kat kaunter pembayaran.
Sabtu - sedihnya plan nak outing with family tergendala, ada hal x dpt dielakkan. Lagipun bebudak tu sekolah ganti sebab nak cuti tahun baru cina. Tetiba lak rasa nak buat yong tau foo sup, so pergi le pasar beli ramuan segala, mak pulak buat mee sendiri,
aku ni terkial2 lak pikir camana apek kat kedai tu sumbat ikan tu kat lada ni...hehehe, macam2 rupa jadinya, tapi takpe, there'a always the first time..
My verdict, lagi sedap pes ikan tu kalau dicampur ikan selayang ke, lolong ke, mesti lagi manis...and sup tu, ditambah kacang soya, ikut resepi cina, ok le, rasanya best..tapi yg tak bestnya tanganku dah macam jadi jem lepas aktiviti tu, genggam tak boleh, kering sgt, so plan nak buat kek on Sunday tergendala...
BTW, utk perhatian En Botax, mulai semalam, adib dah tak pakai diaper bila kat rumah, dan jugak marah kalau dipakaikan masa keluar, buang air besar pun dah beres kat toilet, jimat le $$$$$$, tapi dia nak jam Ben10, boleh ke kita belikan uk dia as a present for being diaper free?
1 comment:
Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!
Post a Comment