Friday, January 02, 2009

New beginnings

Kononnya hari ni nak pergi kerja awal le, konon tahun baru kan...nak rekod kedatangan tip top le, tetiba takleh lalu, jln naik air, jadinya terkepung..Hujan lebat dari mlm semalam lagi, kata org kalau hujan mlm jumaat, melarat le jawabnya, tak tau le betul ke tak, ada pulak kata selagi belum Tahun baru Cina hujan mesti lebat tunggu sampai naga turun hihihi...apa kena mengena naga dgn hujan yek..sebabnya mulut naga kan keluar api, kalau kena hujan tak berapi le mulut naga kan???

Afiq serius bila bergunting!

Cuti new year tu aku pi bwk 3 hero ni bergunting, mulanya nak tunggu ayahanda dia bwk pi barber, tp memikirkan mesti sesak kedai gunting weekend ni, baik aku settlekan awal2..Mulanya aliff n afiq je yg botak, tetiba adib nak jugak botak, ok le, aku x kisah...jimat duit syampu! Jadinya sekarang ada 4 hero botak including ayahandanya...
Muka2 happy dpt makan piza

Dah sudah tu pi le pulak makan piza, huih, sampai ke dagu bebudak tu mkn...Afiq kata nanti ayah balik nak makan piza lagi..Ada budget ke boss??


Sempat lagi posing sambil tulis nama tu!

Beg & kasut idaman Aliff

Aliff pun dah sibuk dgn persiapan sekolah dia,tahun ni dapat kasut bertali, berapa kali pakai dan cabut dah..pening dibuatnya..
buku2 dah tulis nama tapi tulisan mak aiii, besornya, mmg confirm tak yah pakai kanta pembesar..hari tu aku komplen dia tulis kecik sgt, dia pi tulis besar2 la ni...kena training lagi budak ni nampaknya..Masa aku sekolah dulu kami semua kena paksa menulis style 'Marion Richardson', ntah sapa le dia ni...aku tau marion yg berlakon dlm cerita 'Happy days' je....nak google nama dia ni..Tapi hasilnya tulisan kami semua teratur, cikgu pun senang baca, bila masuk sekolah menengah cikgu2 boleh agak dah budak ni dario sekolah MGPS...tulisan budak sekarang hish...nak baca pun susah, apatah lagi dgn istilah2 canggih yg mmg aku tak paham...
Eh melalut pulak ni, dari cerita hujan sampai ke tulisan...ok, will stop for now, nanti aku kena amik gambor bebudak tu on their first day at school..

UPDATE...

Dah google nama Marion Richardson, she was a British artist, educator and author who published workbooks on penmanship and handwriting (taken from Wikipedia)
And i found a book that has the same name as my blog, ok le dia reverse sikit titlenya...tapi bolehla kan...it makes me happy! I mean how cool is that???

No comments: