kami tiba di kol jam 11.30am, dok bercerita dgn Za dlm bas, tak sedar dah 250 km berlalu. Lieza dah lama dibuai mimpi. Yg tak bestnya ada geng yg tak dpt join...kisah sedih...mungkin elok dia cerita sendiri. Tapi alhamdulillah hajat hatinya dipenuhi.
sampai lorong hj taib, adala awek awek tiruan yg boleh menggugat keimanan seorang lelaki yg berniat serong, nak gak amik gambar tepek kat sini awek tiruan muka gebu itu, tapi takut tak pasal2 kena pelangkung!
Destinasi seterusnya Mid Valley, jiwa aku tak sesuai shopping di sini, byk design utk remaja je....pening le dah ramai sgt org ni....pakaian masing2 pun daring! i guess i am a kampung girl indeed.
Dah sudah tu kami ke Noble hotel, solat dan teruskan aktiviti yg terancang. Sakit hati awalnya, mintak family room, mamat reception tu kata overbooked, tinggi la jugak suara akak ni kat situ..tak yah le promote online booking kalau tetiba nama takde..hampeh beb!
Petang tu meronda di pasar minggu jalan TAR sambil menyinggah di Semua House, aku tak habis tawaf lagi, esok bakal menjenguk dan mengkayakan tokey2 semua house.
Oh ya, Habib Jewel kat situ melambai2....patut ke tak patut aku masuk???? kena buat kira2 ni...takut ada lak yg kena pose sampai bulan 2! Kami ke Nagoya pulak, watie dan nurul join sekali, lepas maghrib, ke Sogo, bebudak ni tak dpt hajat hati memasing lagi..
Esok full swing shopping....Mlm ni kena urut kaki ni,kalau ada kerusi Ogawa best wooo!
No comments:
Post a Comment