Tuesday, September 07, 2010

Edisi Raya

Raya kali ni lebih meriah untuk 3 hero tu. Masing2 dah nampak kefahaman sikit tentang puasa, sahur dan raya, especially Aliff. Siap nak ganti puasa yang tinggal sehari dek lelah..Lagi 2 orang tu..hmmm Adib nampaknya lebih tahan berbanding Afiq..Tapi yang pasti, nafsu marah tu tak boleh kawal sgt lagi..almaklum bila lapar…semua macam singa.

BIskut aku buat pun dah tinggal setengah balang..aliff dok tanya biskut2 lain bila nak buat..hmmm tengok la nanti bila aku ada mood sambung balik..nanti buat bebanyak tak habis..

Mulanya tak rancang nak blk kampong, tapi bila sekolah bagi cuti sampai Khamis, aku sebagai GPK HEM yg tak terlatih memutuskan anak2 aku akan diberi cuti percuma sebyk 2 hari..Jumaat dan Sabtu..ngeh3

Apa barang sekolah tu nak ganti cuti masa bebudak mood raya..Berapa kerat ajelah budak yg datang agaknya..dulu tak nak ganti awal2.. Lagipun biarlah dapat balik kampong..boleh jumpa sedara mara belah Mr Bos, yang pasti aku perlukan jurubahasa bila pergi ziarah nanti..kalau tidak macam ayam dgn itik ajelah..

Kuih raya utk Hjh Rogayah, ibu mertuaku pun dah selamat aku poskan awal2....nak up sikit markah aku, beli jiwa sebab aku menantu yang jarang dia jumpa..mana tau kot2 dapat bendang serelong dua hihihihi, kalau org salah sangka mesti ingat aku menantu hantu, materialistic, tamak haloba… kwang, kwang kwang…
Ye lah, kalau tak buat sian pulak mertuaku, orang datang ramai…kurang2 yang sikit tu boleh menambah2.

Lepas raya ni sibuk jugak, Leberi nak buat open house, dilemmanya..bujet ciput, org ramai….camana tu,? ramai pulak menanya open house leberi ni…menu apa la dll. Department lain buat open house ada kami tanya menu??

Nanti kalau orang tanya aku nak jawab menu kargo..asal boleh je la..Yang aku risau kot tak cukup makanan je..tapi ok gak sebab ofis ni sebelah kantin, agak2 kalau makan tak cukup tetamu boleh singgah kantin..tapi sebagai tuan rumah dan tuan tanah kedaung mesti nak tetamu puas hati..

Ada suara2 belakang tabir mintak aku buat spaghetti..tak tau la nak buat ke tidak..terutamanya bila kenangkan kisah tragis di sebalik menu itu..tengok lah dulu..

Aku dah mula cuti esok, byk kerja kat rumah tu..mak aku pun asyik sakit kaki je..risau pulak..
So kepada sesiapa yang tersinggah kat sini, harap maaf atas segala kesilapan dan mana yang terkasar bahasa..

Kepada MZM, mohon maaf, tempahan anda mengalami kesilapan teknikal terutamanya bahagian zip…kena tetas balik, ni dah 2 kali dah repair..jika puan tak puas hati sila isikan borang J dan hantar kepada bahagian aduan produk ya..terima kasih.

Selamat hari raya!

2 comments:

monabegudgirl said...

Borang J nya di mana bu? Iho mahu diisi nnt... waduh2 usah diingati lagi kapan tragedi spagheti itu.. asik dipikirin nnt spaghetinya tak jadi2 iho

asamkeping said...

ape ke hal si mzm cakap indon ni? musti byk baca berita perihal Bendera mahu ganyang Malaysia..