Aku saja je bagi tajuk ni..aku teringat cd sinchan yg pernah aku beli dulu..alihbahasa kononnya jadi bahasa melayu, bila pasang sekali keluar bahasa indon daa...tapi takpe, anak2 aku layan je..bila masuk episod pahlawan bertopeng tu mmg tak tahan daaaa...bukan dgn cerita yg kelakar, tapi dek kerana bahasanya...
Malam tadi kena pi beli topeng utk bebudak ni pergi sekolah..dah tunjuk cara pakai, kena adjust sikit..so budak bertiga tu jadi pahlawan bertopeng...lawak je rupa masing2...tapi lupa lak amik gambar...
Cemas aku tengok kat farmasi semalam, berkotak2 orang dok beli topeng...aku dah try pakai..rimas sungguh, tak dapat bayangkan budak2 nak pakai...tapi kalau dah terpaksa kena la jugak kan...harap2 cepat le wabak ni berakhir...aku cukup risau...elok le time2 macam ni kita amalkan doa untuk elakkan wabak...buat air minum ke apa ke..
Kat opis pun ramai tak sihat, anak tak sihat, mak tak sihat, isteri tak sihat, diri sendiri tak sihat..yg cemas tu sebab org yg antibodi kuat pun berisiko dijangkiti virus ni...kita bersoa je le moga dijauhkan...Aminnn..
No comments:
Post a Comment