Tuesday, November 06, 2007

Ouch! It hurts!

Semalam I had to take emergency leave, terseliuh tangan akibat jatuh, konon nak bertahan daripada terhempap kaki kakak aku, last2 tangan aku lak jadi mangsa…huhuhuh, memang rezeki aku le, tukang urut tu kebetulan ada, katanya urat dekat siku yang tersalah, bengkak jugak le tangan aku ni, mujur pakai baju kurung ke office, kalau pakai t-shirt, alamak, nampak sgt le rupa macam nangka kena bungkus lengan aku ni!

Hari ni dan esok ada lagi department buat makan sempena hari raya, dah dekat nak masuk Zulkaedah pun, sakan lagi beraya, aku dan geng pun serbu le, hihihi, rezeki jgn ditolak, musuh jgn dicari, tahun ni le aku rasa meriah, byk sungguh org buat rumah terbuka, opis terbuka…ish…jenuh le mkn, nasib baik aku sempat kejar puasa 6, now only 9 more days to ganti…bila tgk department yg staffnya selalu pakai uniform tetiba pakai baju melayu lengkap rasa seronok pulak, betul le baju melayu ni versatile, apa jugak bangsa yg memakainya mesti nampak segak! Speaking of baju melayu, aku tak amik pulak gambar family sekeluarga utk raya ni…ish, selalu melepas!

Aku rasa lega sekarang ni sebabnya, budget yg aku uruskan tu tinggal seciput je untuk dihabiskan, seronok rasanya, lepas ni kena concentrate utk key performance indicator for every staff pulak…

Lusa ni hari penyampaian sijil sekolah Aliff, aku bengang jugak sebab program macam ni diberitahu last minute, patutnya sekolah tu siapkan planner awal2, kalau tak tau exactly tarikh pun, blockkan aje, 3rd or 4th week of November ada majlis ni, nanti aku nak bagitau cikgu dia, itu hari aku dah cakap dah, kena cakap masa mesyuarat nanti, susah gak if planning impromptu macam ni, aku dlm kepala dah set nak pi Trengganu cuti deepavali ni, dah book hotel pun, kena kensel le nampak gayanya…hmmm, tapi kan Ktn-Trg tu 3 jam je…kot2 boleh lak ubah plan..kena pikir balik ni…

No comments: