Raya kali ni tak berapa meriah bagi kami, maklum sejak berita kematian tu kami terima, mood beraya tetiba hilang. Tapi aku kena jugak bercuti panjang utk raya sebab nursery Adib tutup seminggu.
Macam biasa kami pergi ke kubur before raya, memang lebih afdhal pun begitu…Bersihkan kubur papa, my sis and ahli keluarga yg dah pergi, rasa sedih pulak, bila tgkkan keadaan kubur yg semakin byk tu, dalam hati berkata2, masa aku nanti ada ke tempat utk kuburkan aku.
Untuk raya kami masak nasi impit, kuah kacang, rending. Kali ni mak masak nasi lemak utk raya, sebab sure rumah org buat lontong, nasi minyak le, nasi tomato, nasi dagang dll. So our nasi lemak laris, agaknya sebulan tak merasa nasi lemak.
Kali ni aku kena ganti 17 hari puasa..Adusss…teringatlak time bersalinkan Afiq dulu, lebih kurang macam ni le jugak nak menggantinya, takpe le, kurang2 save sikit budget aku dari dok berbelanja kat kantin tu. So hari ni dah masuk hari kedua aku mengganti puasa..ingat nak sambung esok, tapi ramai pulak buat open house sempena cuti hari jadi Sultan, so esok kena pi mengisi perut le.
Memandangkan bulan Syawal ni masih panjang aku nak ucapkan Salam Aidilfitri pada semua yg kenal diri aku. Utk Kak Za & Cik Rosma, thanks a lot for the wishes…love you lots….
2 comments:
hai syima..sedih baca entry syima. i pun raya happy2 gitu lah..but actually kan..the past few years kira good thing lah i raya kat sini with my family. three years ago..time raya i was with my family kat sana..but then it was the time my mother sakit kuat, last stages of cancer and sebulan dua gitu dia pun meninggal. so in that manner faham benar apa yang syima rasa..cam takder mood pun ader..happy pun ader..anyway, i this year untung sikit..only 8 days. kalau ikut kan tahun2 yang lain..wahhhh...10 days boleh gitu..hehe
I dread baca pasal kematian jalanraya ni. I can feel the pain. Haii...hati2 lah kalau driving or riding tu. Kita yang tinggal, yang hidup ni yang merana tau. Its not just stop there and we forget. Kita ingat sampai bila2. Tak boleh lupa. Nak2 orang yang kita kasihi. So tragic.
Syima, I hope your family dah ok. Life has to go on - well what can I say. Kalau tak ada mood nak visit2, just rilek at home sudah lah. Lagi selamat..hahaha...kalau boleh I nak suruh semua orang duduk rumah, tak yah drive jauh2..biar semua selamat. But tak leh lah cam tu kann...hope you and family have a good weekend!
Post a Comment