Friday, April 29, 2011

Rezeki dan keberkatan

Dalam hidup ni masing2 nak cari rezeki …untuk memenuhi pelbagai keperluan. Ada yang nak bayar hutang, ada yang nak kawin, nak dapat anak, nak tambah anak, nak tambah isteri, anak nak sekolah, macam2 lagi tujuan cari rezeki. Tapi kadang2 dalam sibuk2 kita cari rezeki kita kena ingat tentang keberkatan rezeki..Ada ke waktu kita bekerja tu memang diperuntukkan untuk kerja sepenuhnya. Kalau produktiviti tak seperti yang diharapkan, ada ke gaji bulan tu berkat…
Aku pun kena kaji sendiri, ada ke gaji aku ni 100% halal. Semalam dalam tanyalah ustaz , ustaz tu kata kalau seorang suami tu gagal berikan nafkah pada isteri dia atas sebab isterinya bekerja..dia dah berdosa..memang sekarang suami isteri bekerja, tapi ada gak sang suami yang tolak mentah2 pada isteri bila belanja dapur, lampin anak dll.
Pernah aku tgk kat pasaraya tu, isteri kat kaunter cashier mintak duit dgn suami nak bayar barang, boleh lak suami dia kata, awak bayarlah dulu, kan ke awak dapat gaji hari ni…huhuhuhuuh…kalau dia bagi separuh ok gak kan..sian isteri dia..muncung2 bayar..ye la..mana tau kot nak bagi mak bapak kat kampong ke, nak bayar kutu ke, nak bayar duit pengasuh ke…
Ustaz tu kata lagi kalau si suami tu pulak kawin lain, sebab ada duit lebih, maka dia berdosa sebab mungkin duit lebih tu adalah belanja yang seharusnya diberikan pada isteri pertama. hak isteri pertama tu.huhuhuhuhu..seram dengar..itu la agaknya kekadang orang kawin lebih ni jadi lagi huru hara..tak berkat hidup..

Untuk mendapat lebih keberkatan rezeki kena banyak buat solat2 sunat..solat dhuha, baca surah al-waqiah. Sebab rezeki ni bukan mesti bentuk wang ringgit, kesihatan, umur juga boleh dikatakan rezeki.
Terima kasih ustaz, kerana mengingatkan aku…aku juga perlu kongsi dengan semua yang ada dekat opis ni, supaya kita saling mengingati dan berpesan2 dengan kebaikan.

1 comment:

Anonymous said...

insyallah... banyak menda yng kita perlu ambil perhatian pasal perkara macam ni..

sama sama la ingt mengingati..