Friday, February 04, 2011

Al-Fatihah

Dia tiada lagi..dalam hidup ini...
Dia tak pernah kukenali..
Aku cuma kenal pada namanya..
Rupa jauh sekali pernah kulihat..
Hanya mendengar derita yang ditanggung
Dalam usia begitu muda, belum pernah kenal rupa ibu dan ayah,
dia pergi meninggalkan kami semalam, jam 6.30am

Masa tu aku di kampung, dapat panggilan dari kakak aku, berita pemergian anak saudara yang baru, dia dilahirkan tak cukup bulan, beberapa minggu sebelum cukup 7 bulan.
Sejak dilahirkan, hanya ibu dan ayah sahaja yg dibenarkan melihatnya. Kalau ibunya pergi pun tak dibenarkan tinggal lama..
Doktor awal2 lagi sudah memberi peringatan. "Survival chances are slim". Kami terkejut lagi bila diberitahu tulang temulangnya rapuh. Boleh patah dengan sendiri kalau baby bergerak. Ada sekali nurse menyalin pampers, baby menangis, rupanya tulang punggungnya retak..Aku memang tak tahan tiap kali baca sms kakak aku, tak tertahan rasanya memikirkan anak sekecil itu diletakkan spleen di tangan dan kaki akibat patah.
Apabila di'x-ray', doktor kehairanan kerana tulangnya kosong. Rupanya dia dilahirkan tanpa sum-sum tulang, AllahhuAkbar, besar sungguh dugaanMu..Dia baby yang paling lama tinggal di NICU hospital itu, doktor pernah cadangkan supaya kakak aku berhenti kerja dan jaga baby. Dia mengarahkan baby dibawa pulang disebabkan terlalu ramai di NICU, tapi akhirnya terpaksa dibiarkan di wad kerana sebaik sahaja oksigen dihentikan, dia tak dapat bernafas sendiri.Kata doktor bila usianya 5 bulan nanti boleh diberikan ubat lain untuk menguatkan paru-parunya, tapi Allah lebih menyayanginya..

Untuk anak saudaraku Saffiyya Asyikin, deritamu sudah berakhir..Al-Fatihah..

3 comments:

Lieza said...

alfatihah..
semoga ALLAH memberikan kekuatan kepada keluarga arwah untuk menjalani kehidupan seterusnya..
berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..

asamkeping said...

Saya turut berduka-cita dan berdoa seluruh keluarga kak Syimah tabah dengan ujian ini.. Dia sudah selamat kembali ke sisi Nya. Insya Allah, kita pun bakal menurut langkahnya.

nurgaya said...

sedih sgt2...bila tgk gambar dia lg la sayu nya hati..Al-fatihah