Adib je nak pakai baju Ultraman pepagi raya, pelik betul!
Dah lama sangat cuti beraya rasanya, aku kena pulun pose syawal, nanti dah lama stop nak mula balik payah.
Masa nak balik kampung tu kami 4 beranak naik bas ke Shah Alam dulu, memandangkan Jumaat tu Mr Boss dan adik ipar aku tak cuti, so kena tunggu lepas berbuka baru bertolak blk ke kg. Dlm perjalanan ke Shah Alam tu hujan punya la lebat, ngam-ngam je waktu berbuka bas berenti kat Hentian Gombak, aku kira senang hati ni boleh minum air panas sejuk2 ni...malangnya takde parking langsung, terpaksa la berbuka dalam bas, budak2 tu aku tak bagi minum byk sgt takut nak terkencing, haru pulak! tak sanggup aku nak buat macam cerita Senario tu kencing dlm botol!!!
Dalam bus tu masing2 bukak bekal, aku bwk nasi lemak, budak2 bising lak, nak ayam goreng, nak ayam...hish malu pulak, kesian kat penumpang lain yg minum air mineral je, nak offer ada sebekas je hihihii...
Sampai separuh jln, driver tu dah pakat dgn member dia, mana yg pergi Kelang naik satu bus, sebab masing2 tak sempat berbuka lagi, lagipun cepat skt sampai, lega rasanya..
Dah jumpa ayah masing2 keseronokan la, kembang kempis hidung menahan malu..huhuuh...
Lepas berbuka Jumaat tu lambat gak kami bertolak, dkt jam 9.30pm, hujan lebat sgt..hampir jam 12pm baru sampai Sg Besar, mata ni rasa tak tahan dah nak pejam2 je..
Raya kami kat Sg Besar kali ni memang kesejukan, hujan lebat sgt, ramai jugak datang ziarah sebab abah baru keluar hospital..pendek kata tak berenti la buat air ni...rasa nak beli air botol pun ada..takpe, tetamu datang bawak rezeki..
Rabu petang kami dah balik ke Shah Alam sebab nak ziarah sedara mara dan kawan2 yg ada kat sini, terus cari tiket bus nak balik Kuantan.
Masa nak blk tu, driver tu tgk tiket aku dan bagitau aku ni kena naik bus tambahan..cuak jugak takut busnya tak elok..tunggu kat 15 minit dari waktu asal tu baru basnya sampai..takde lak aku nampak org berebut2 nak naik bus..suspen je..
Aku tanya driver tu, bus ni nak amik penumpang kat mana2 ke? Dia jawab baikk je..takde kak, kami ni nak hantar akak anak beranak je blk Kuantan! Pelik gak...aku tanya balik biar betul..saya 4 beranak dan ada sorang adik tu dah duduk kat belakang..takkan byk ni je.. dia jawab, iye..bus tambahan tak dapat sambutan tahun ni..akak duduk le mana2..
Adib dok pilih seat dlm bus
Seronok Afiq dapat baring2 dlm bus
Hero2 aku pun apa lagi..seronok sgt bertukar2 tempat duduk..Memang best la..takde org lain, depa duk nyanyi dlm bus org tak kisah..driver siap offer kacang lagi! huh, patutnya aku mintak driver hantar sampai rumah je kan..ihihihihi..kalau tahun depan macam ni punya kosong aku pun nak..
1 comment:
hahahah.. sonok betui naik bus x berebut,, eekekekke
Post a Comment