The planning
Plan asal nak turun ke KL awal August, tapi sebab ada ahli rombongan yg nak tukar tempat keroje, maka kami pun tukar le tarikh tu….tapi masih tak cukup korum, ada yg tak blh join…takpe, kalau ada rezeki next year kita buat grand scale punya..
Hampir juga tak jadi trip ni, booking dah dibuat, alih2 last minute, hotel cancel booking kami, kena cari hotel lain pulak, byk hotel dah penuh, semuanya gara2 :
a) MU nak datang lawan bola
b) Shout awards anjuran 8TV – Sean Kingston ada mari..
c) Merchant of Bollywood punya show – Sean Kingston pun ada buat show jugak
Ada ahli rombongan hampir menangis dan tension sampai cari aiskrim utk tenangkan jiwa...…
Tapi kami tak putus asa, cuba sampai dapat, ada la satu hotel ni, booking confirm tapi nama hotelnya ngeri, Kowloon Hotel..apatah lagi Mr Boss dok kata yg hotel ni terkenal sebagai red light district, cuak juga tapi pikir2 takkan pulak dipromote kat website kan…takpe…tawakkal huhuhu.
The trip
The trip was ok, bus bergerak jam 7.45pg. Awal kan? tapi mona kata kalau lewat nanti rugi masa shopping, semangat sungguh! Aku dah beli siap2 temosa buat alas perut dlm bas, niat sampai nanti cari nasi..biasa la perut melayu.
The hotel
Belum sampai hotel lagi, dapat call dari hotel tu…”Akak punya booking ni confirm ke? Confirm aku jawab, Saya call dari Kowloon hotel”. nak tergelak tu sebabnya dah tanya baru introduce diri dari mana …sungguh le tak customer oriented.
Sampai kami try tanya bilik yg ada lebih katil, dah jadi rezeki, bilik tu available dan dah bersih pun, blh le masuk…tak berlengah pun masuk letak beg, masing2 nak cari makan dah…tapi suasana bilik tu suram..mula le terbayang2 kejadian ‘aneh dan menakutkan’ huhuuhuu…tapi yg jadi kuat tu sebab memikirkan kami berlima…kalau sorang mau aku cari tiket blk kuantan malam tu jugak!
Hotel tu tak provide breakfast, tapi rasanya kalau ada pun kami tak lalu nak makan, masak air pun tak, kami minum mineral water je. Toilet dia huhuhuhu…sampai sudah aku tak sempat belajar dgn mariati cara2 gunakan flush tu dgn efisien hihihi…
The activities
Dah sudah makan apa lagi..shopping la…mula2 Semua House..berapa kali tawaf kat situ…then ke Haniffa textile..hampir tak jadi masuk, Mona dah frust, apatah lagi bila security yg sengal itu suruh pulak kami bergilir2 jaga beg sementara yg lain pi shopping, apa barang kami nak buat camtu, especially terima arahan dari sorang security Indon yg sgt kerek!
Aku mengadu kat security sorang lagi, aku suruh je dia ikat beg kami tu biar kami pegang sendiri, dlm hati dah plan dah, kalau dia pun tak nak bg masuk aku nekad nak ckp kat Manager, macam berlagak je kan, tapi aku pikir, ni negeri kita, kenapa perlu jadi hamba pada org asing pulak, dan bukan kami buat salah pun, nak ikut rule pun susah ke??? geram, geram, geram…
Last-last dapat masuk, terus ke bahagian kain, va, va, va, Cik Mariati sgt aktif di bhgn ni huhuhuu…hampir saja kecewa kerana pilihan hati tak dapat kerana masalah teknikal…tapi terubat juga sebab ada pilihan lain..Lama jugak kami kat sini, yg geli hati tu sebab salesman dari India, kami kena speaking lak dgn dia..macam melancong ke Mumbai pulak, apatah lagi background music macam nak guling2…
Lepas tu blk ke hotel, solat, urut kaki, kami start fasa kedua pulak…ada yg ke pasar malam, ada yg ke Sogo, ada yg cari jubah, so kami berpecah le. dapat le aku sambar baju tidur Transformers utk 3 hero…
Malam tu lepas Maghrib kami ke Sogo, sebelum tu ke pasar malam beli dodol Mona, hihih pelik lak beli dodol kat KL tapi mmg best dodol tu, kurang manis dan lembut..
Malam tu aku yg mmg dari siang dah rasa tekak lain macam start demam, bersin huhuhu, bgn pulak telan ubat, dah le tidur tak lena, mkn ubat tu baru ok..
Siang Ahad tu kami menapak pi cari breakfast, lepas pekena nasi lemak pi singgah Jakel and Ariani tgk tudung dan kain…Adusss….mahalnya! Pusing2 lak, tengok kedai2 tudung kat Masjid India, huhhuhu jumpa la tudung gak..aku panggil tudung Ariana…ok le kan..dapat le satu….murah pulak tu..
Dah tu berpecah lagi sebab ada nak cari kain, Mariati lak nak cari jam, Mona nak jumpa rakan kongsi brooch dia…Kami ke Pertama Complex dan berjaya le Mariati dijodohkan dgn jam idamannya itu..
Kami checkout lepas Zohor, dan pi Sogo jumpa kawan Mona, cik Fazidah tu…orangnya kecil molek , slim je…kulitnya halus..mungkin ke penangan angin Korea ehhehehehe…
Aku dah tak larat angkat beg, masing2 slow je menapak…bas pulak lambat nak bukak…tak sabar2 nak tidur..naik je bas aku telan ubt demam dan zzzzzzzzzzzz…
Masa berenti Temerloh tu semua ahli turun…aku tanya Mona brooch dia letak kat mana? dia kata kat seat, hmmm takut gak kot2 hilang sebab ada kes jadi org hilang brg dalam bus, bergegas dia ke bus, tapi yg tak tahan tu dia siap kata, “Kalau brooch saya hilang, saya nak spot-check dlm bus tu, saya garang bab2 ni’ hahahhahha, lawak betul!
bayangkan kalau dia betul2 buat spot-check…aku tak nak ngaku kenal dia..hihihihiih
All in all, it was an unforgettable trip, we enjoyed ourselves, penat tu biasa la..tapi ada ura2 lak nak pergi lagi…ohhhhh tidakkkk…poketku keringggg……….
Panjang sungguh entri kali ni, taip dari mlm tadi lagi ni hihihihi
2 comments:
hahahahhah.. kelako ... meriah sakan... puas la hati kak mona ye? ekekekek ade hali baru tuh? ekekeke
hehehe..ahli baru yang berpuas hati dengan trip kali ni, tahun depan boleh buat lagi.kekekek
Post a Comment