Siasat sana, siasat sini, tak jugak jumpa, bila tanya Sam, baru tau cerita sebenarnya, sapalah yg pergi edit berita tu dan sebarkan kat semua maklumat yg tak betul...kot tak suka kami pun jgn le sampai gitu sekali..ataupun kalau penyebar maklumat ni nak bergurau...benda2 ni bukan boleh dibuat bergurau...kalau aku tau siapa orangnya siap le dia..!
Yg mendengar cerita pun tak siasat dulu...Aku pastekan cerita sebenar supaya org2 yg tertanya2 tau keadaannya...Bengang tahap dewa ni!
PADA SESIAPA YG BACA BERITA NI...PLEASE READ BETWEEN THE LINES, THEN YOU CAN MAKE CONCLUSION!
Sial Hari Kekasih
Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

PASANGAN kekasih (duduk) yang ditahan JAIP bersama seorang kanak-kanak dalam sebuah bilik hotel murah di Kuantan semalam.
KUANTAN – Anak kecil yang dibawa bersama untuk tidur di dalam bilik sebuah hotel murahan bukan alasan untuk pihak berkuasa mencekup sepasang kekasih dalam serbuan sempena Hari Kekasih di sini pagi semalam.
Ketika disoal siasat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), pasangan tersebut kelihatan tergagap-gagap untuk membuktikan mereka adalah sepasang suami isteri yang sah dan ketika anak kecil itu sedang tidur.
“Mereka ditahan kerana tidak dapat membuktikan hubungan mereka sebagai suami isteri dan keadaan mereka juga amat mencurigakan walaupun terdapat seorang kanak-kanak bersama mereka,” kata Timbalan Pengarah JAIP, Mohd Ghazali Abd. Aziz.
Selain pasangan tersebut, seorang wanita yang bertugas sebagai Pembantu Tadbir Kesetiausahaan di sebuah kementerian di Putrajaya turut disiasat dalam serbuan tersebut.
Pegawai kerajaan berusia 22 tahun itu ditemui bersama pasangannya berusia 28 tahun yang bertugas sebagai Pembantu Perpustakaan di Universiti Malaya di dalam sebuah bilik hotel murah di bandar ini.
Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
1 comment:
maruah tercalar... buat saja laporan polis kalau perlu.... hehehehe
Post a Comment